Monday, September 1, 2008

Anda Telah Bersedia Untuk Bercouple Jika...

Sedikit perkongsian dihari pertama puasa. Pasal apa lagi, kalau tak pasal cinta dan menyintai la. Mungkin ada yang kata, apa la tuan punya blog ni, macam takde benda lain je nak dikongsi. Nak tahu sebab apa? Sebab blog ni khas dibina untuk berkongsi segala perkara yang berkaitan cinta dan kasih sayang yang dianjurkan dalam Islam la. Tujuannya, nak bagi kesedaran kepada remaja-remaja sekarang terutamanya tentang peri pentingnya pengurusan cinta yang betul dan mengikut apa yang Allah dah gariskan dalam al-Quran dan mengikut apa yang Nabi s.a.w dah terangkan dalam sunnah peninggalannya.

Jadi, kali ini aku nak kongsi sedikit apa yang aku dapat bila jenjalan dekat tenet melawat apa-apa yang aku rasakan perlu dan berguna untuk aku kongsikan bersama korang semua. Benda ni aku dapat kat blog Ustaz Zamri pengacara rancangan Mari Mengaji kat TV9 tu. Okeh, mari kita sama-sama telan dan hadam apa yang Ustaz Zamri dah kongsi kat dalam blog beliau. Aku tidak copy keseluruhan artikel beliau, cuma part ni saja yang aku nak kongsikan, walaupun part asal penulisannya memang menarik dan mengemukakan jawapan yang cukup bernas berkenaan isu ini. Kalau rasa nak tahu selanjutnya, lawatlah blog beliau kat link atas tu. Layan..

Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda memang untuk berkahwin dengan si dia demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.


Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Niat anda hanya untuk suka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu semata-mata.


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat yang sunyi,berpegangan tangan dan tindakan-tindakan yang membawa kepada ‘muqaddimah’ zina.


Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negatif seperti berpegangan tangan,menyentuh dan..


Anda telah bersedia untuk bercouple jika...

Sudah lepas ilmu ‘fardhu ain’ dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda.Atau sebaik-baiknya sudah mempunyaipekerjaan yang tetap.


Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika...

Masih kandas ilmu fardu ain,mengaji Quran pun lintang pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran.Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan..


Anda telah besedia untuk bercouple jika..

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu,berpuasa di bulan ramadhan dan sedaya upaya menjadi muslimin dalam erti kata yang sebenar.


Sebaliknya anda belum bersdia untuk bercouple jika..

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih,solat jarang-jarang,puasa kadang-kadang...aduhai!

p/s : artikel dipost sebelum pemelihara blog ini keluar mencari makanan untuk berbuka. Apalah agaknya yang nak ditelan hari ni ye. Nak ke bazar ramadhan seksyen 7 ni, tapi cam malas. Alik-alik, beli kat gerai area pusat komersial tempat tinggal aku ni juga la nampaknya. Takpe, janji ada rezeki untuk berbuka, walaupun diri ini amatlah merindui masakan mak kat kampung. Apalah agaknya yang mak masak untuk berbuka hari ni ye? Windunyee.....:sorry:

* N A K I K U T I M A N *

4 contengan diterima:

sarah shamsudin on September 2, 2008 at 8:51 AM said...

salam.
patut lah semua tentang perkara cintan ni..;) suatu perjuanagn yang baik saudara! ehem...terasa macam terkena 1 point yang ke....;P mane boleh bagitau.hehe
salam ramadhan

Pencinta Ilahi on September 2, 2008 at 11:57 AM said...

hehe..name blog pn dah berbau cintan cintun..

ehem, agak2nye point yg mane la tu ye..;p

salam menunaikan segala ibadat dibulan ramadhan ini...

~Cinta Milo Ais~ on September 2, 2008 at 6:23 PM said...

saya jujur mengaku tak bersedia lagi nak bercinta hehe...ala bercinta lepas kahwin je la lagi best huhu

Pencinta Ilahi on September 2, 2008 at 6:54 PM said...

yeap,cinta lepas kawen is da best...
tp jgn smpai tutup terus pntu hati tu. at least bukak gak jalan2 utk memudahkan calon kite tu mencari kita. jgn siksa die smpai kene rentas hutan ghimau la, lautan air sirap la, gurun tade pokok la..
kesiann....hohoho

p/s:suke term yg ustaz zamri gune, bukan bercinta tapi berkenalan..nak tahu selanjutnya, masuk lam blog ustaz zamri...=)

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal