Sunday, September 7, 2008

7th Of Ramadhan

Alhamdulillah, hari ini kita telah selamat menjalani ramadhan yang ke-6, bakal menghabiskan ramadhan yang ke-7, dan insyaAllah moga dipertemukan dengan ramadhan yang ke-30 kelak. Suasana ramadhan yang cukup tenang dan menenangkan bagi mereka-mereka yang cukup menghargai kedatangan bulan yang mulia ini, dan juga boleh menjadi bulan yang amat dibenci dan diharapkan berlalu secepat yang boleh bagi yang tidak mengharap dan tidak tahu menghargai ramadhan ini, hanya melihat ramadhan sebagai satu bulan yang menyusahkan dan mengehadkan keseronokan mereka ketika dibulan lain selain ramadhan. Nauzubillah, moga kita dijauhi dari bersikap dan berfikir sedemikian.

Setelah 6 hari berpuasa, aku cukup rasakan ketenangan dan kedamaiannya. Ketenangan yang tidak mungkin akan aku dapat dibulan-bulan lain. Kalau Allah kurniakan ramadhan sepanjang tahun kan bagus, berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa yang bukan hanya pada mulut dan perut sahaja, tapi dari segala segi, puasa tangan, kaki, mata, tubuh badan dan hati.

Tapi berapa ramai yang berpuasa, tapi hanya mendapat lapar dan dahaga semata-mata? Puasanya tidak langsung Allah pandang dan tiada nilai langsung disisi Allah. Mulut dan perut sahaja yang berpuasa, kerana mentaliti umat Islam terutama muda mudi sekarang yang hanya memandang puasa sebagai satu bulan yang melarang diri dari makan dan minum disiang hari semata-mata. Tapi tetap berterusan dengan dosa dan maksiat yang dilakukan dibulan-bulan lain.

Contoh paling senang yang aku boleh kongsikan disini dan aku yakin ditempat-tempat lain juga sudah muak dan meluat melihat benda-benda macam ni. Bazar ramadhan. Tapi bukan aku ingin mempersoalkan berkenaan institusi bazar ramadhan tu. Aku sendiri akui kepentingan dan keistimewaan bazar ramadhan ni. Tapi apa yang aku ingin nyatakan ketidakpuasan hatiku ini adalah berkenaan pengunjung yang mengunjungi bazar ramadhan tersebut, samada untuk membeli, menjual mahupun hanya sekadar 'window shopping' semata-mata.

Cuba lihat pada pengunjung-pengunjung muslimah ataupun lebih senang disebut sebagai wanita dan perempuan-perempuan yang mengunjungi bazar ramadhan berkenaan, bagaimana dengan pemakaian mereka? Subhanallah, bukan aku nak mengata ataupun ingin membuka kelab mengumpat atau kelab mesyuarat tingkap, tapi sekadar ingin merasakan tidak puas hati dan benci dengan situasi berkenaan saja.

Bazar ramadhan ditempatku ini (Seksyen 7, Shah Alam ye..), kadang-kadang aku sendiri jadi malas nak pergi ke tempat tu. Kalau aku pergi pun biasanya memang tak lama, sampai saja terus aku tuju ke gerai yang biasa aku kunjungi. Selesai membeli, aku terus pulang ke rumah. Kalau lama-lama duk kat sana, pahala puasa yang asalnya kita bawa sebanyak 100, rasanya akan berkurang menjadi 45 dah. Jikalau la pahala puasa tu kita boleh nilai sedemikian.

Perempuan-perempuan ini tidak sedar ke mereka dibulan yang mulia sekarang ni? Berpuasa itu wajib mereka tahu pula, tapi kewajipan asas seperti menutup aurat kenapa mereka tidak sedar? Ataupun mereka memang sedar, tapi hanya buat-buat tak sedar? Bila ditegur memang sudah boleh diagak apa jawapan mereka, "hal aku, ape kau nak peduli?", "hak aku la nak tutup aurat ke tak, bukan ada kaitan pun dengan kau pun", "kubur masing-maing, yang kau peduli ape kes?", "mak aku pun tak pernah tegur aku, yang kau sibuk-sibuk nak tegur ni nape? Dah takde kerja lain ke selain duk jaga tepi kain orang?", "nanti la, bila aku dah insaf nanti, aku pakai la tudung, tinggu hidayah datang dulu"Kalau hidayah tak datang-datang macam mana?

Memang aku faham dan aku akui, hal mereka memang tiada kaitan dengan hal aku. Itu memang hak mereka, sebab mereka yang akan menjawab didepan Allah kelak, bukannya aku. Kubur memang lain-lain, asing-asing, tapi bagaimana kalau kubur mereka sebelah dengan kubur aku? Tak tahan aku nak dengar mereka meraung tiap-tiap hari bila disebat malaikat penjaga kubur nanti. Kalau ikutkan hati ni, memang aku menjawab macam ni je biasanya. Persetan la dengan hak peribadi mereka tu. Hak la kononnya, tapi mereka tak sedar menutup aurat ni bukan pilihan, tapi hak yang mereka wajib penuhi, kerana aurat kita ini hak Allah, bukan hak diri sendiri. Ini yang mereka kena faham dan kena hayati betul-betul. Huh, sakit hati betul aku kalau masuk bab ni. Sabar, sabar lisam.

Inilah yang dinamakan dunia ni dah berada dizaman akhirnya. Maksiat melata dimuka bumi ni. Yang hak dan yang batil dah bercampur baur, kadang-kadang kita sendiri menjadi keliru dengan situasi sekarang ni. Maksiat dipandang sebagai perkara biasa, tiada yang berani nak menegur dan membetulkan keadaan yang sudah jauh terpesong dari ajaran Islam ni. Perempuan-perempuan kembali dipandang sebagai satu simbol seks, bukan lagi untuk dihormati dan dipandang mulia disisi Islam. Yang berpakaian, tapi hakikatnya bertelanjang merata-rata tempat boleh kita lihat. Kadang-kadang naik muak dan bosan melihatnya.

Tapi sampai bila? Sampai bila kita hanya pandai mengomel tapi hakikatnya seperti kita membiarkan perkara ini terus terjadi? Jawapanku senang, sedarkan diri sendiri dan orang terdekat kita dulu, ahli-ahli keluarga dan isteri serta anak-anak kita supaya tidak sama menjadi dari golongan yang mendapat murka Allah diakhir zaman ini.

* S A B A R M E N A N T I *

1 contengan diterima:

Lisam on September 9, 2008 at 6:27 PM said...

sama2 n syukran juga atas kunjungan serta niat baik ingin brkongsi ilmu dgn ana..

moga kita semua dalam rahmat dan lindungan dari-Nya setiap masa..=)

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal