Saturday, September 6, 2008

Mengatasi Perasaan Cemburu

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni. Ini merupakan sambungan daripada posting sebelum ni. Jadi, sama-sama la kita melayankan diri kita dengan maklumat dan perkongsian di bawah ini. Layann...



1. Terima hakikat bahawa sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjawab mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yang boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dalam apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pada diri sendiri, bukannya orang lain.

2. Hormati perasaan pasangan kita. Seperti kita, dia juga mempunyai hak untuk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dapat melakukannya, kita sudah dapat mengatasi sifat cemburu.

3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sangatkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah untuk sementara waktu sahaja tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dapat mengatasinya juga.

4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita memang seorang yang cemburu, usah berharap kita boleh berubah dalam masa yang singkat.

5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dengan cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.

6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita daripada orang lain? Teruk sangatkah dia bila dia senyum pada seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pada wanita/lelaki lain?

7. Ramai orang yang mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan orang lain. Mereka kerap mencari kesalahan orang lain & mahu pihak yang satu lagi mengubah sikap tetapi dalam masa yang sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.

8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bahawa masih ada lelaki/wanita lain yang lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi janganlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dengan penuh kegembiraan. Jangan biarkan hubungan kita goyang dengan imaginasi kita yang karut.

9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kepada pasangan. Luaskan persahabatan dengan orang lain.

10. Jika rasa cemburu kita sedang memuncak, bayangkan apa yang akan berlaku jika kita melepaskannya kepada pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorang setiausaha yang cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dengan sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dapat menghalang mereka.

* B I N A K E Y A K I N A N *

0 contengan diterima:

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal