Wednesday, September 10, 2008

Dua Terawih; Sama Tapi Berbeza

Alhamdulillah, hari ini genap 10 Ramadhan 1429H, syukur pada Allah swt atas peluang dan kesempatan yang diberikan oleh-Nya dalam kita meneruskan ibadah puasa pada tahun ini. Bila sepuluh hari pertama berlalu, ini bermakna berlalu sudah rahmat yang dijanjikan Allah bagi setiap hamba-Nya. Dan bermula esok, masuklah pula kita pada fasa 10 hari ke-2, iaitu fasa pengampunan yang dijanjikan Allah dibulan yang mulia ini. Jadi, berlumba-lumbalah kita memohon ampun dan taubat kepada Allah selagi masih diberikan peluang ini. Moga Ramadhan kali ini menjadi satu medan untuk kita membersihkan diri dari segala dosa dan noda selama kita bergelar hamba Allah dimuka bumi ini. InsyaAllah, azam, azam.

Hape kena dengan tajuk posting aku kali ni? Pelik je bunyinya. Apa yang dua terawih? Apa yang sama? Apa yang tapi? Dan apa yang berbeza? Korang semua tak tahu ke? Betul tak tahu ni? Aku lagi la tak tahu..ngeh ngeh ngeh.. Sori-sori, terbuat lawak tak berapa cerdik la pulak..huhu.. PERINGATAN, kisah ini terlalu panjang dan diharap kepada yang mudah semput dan memang pemalas tahap gaban nak membaca, diharap dapat men'shut down'kan laptop mahupun PC masing-masing sekarang juga, sebelum diri korang yang ter'shut down' dengan otomatiknya sebentar lagi. Lebih baik korang pergi sambung melahap pape makanan yang ada kat dapur, lagi best. Tapi itu cuma makanan jasmani, ini aku sajikan sedikit sajian untuk rohani korang. Jadi, janganlah malas nak membaca sampai habis ye.

Tiada apa sebenarnya, cuma ingin bercerita berkenaan pengalaman aku sepanjang dua hari ini. Dan ceritaku ini hanyalah berkisar berkenaan dua malam terawih yang aku lalui ini saja. Apa yang istimewanya dua terawih ini sampai dalam blog pun nak tulis juga? Macam dah tiada cerita lain ke aku nak kongsi ni? Cerita Siti beralih cinta pada aku ke, baru orang best (hohoho...). Orang lain pun solat terawih juga apa, bukan aku sorang je. Sabar tuan-tuan juga puan-puan serta adik-adik sekalian, pakcik tak habis bercerita lagi ni. Mukaddimah pun belum habis lagi. Hehe, baik pakcik.

Cerita terawih pertama...

Seperti biasa, seperti malam kebiasaannya dibulan ramadhan yang mulia lagi berkat ini, selesai sahaja solat maghrib, mengaji dan lepak melayan nasyid barang satu dua lagu, aku pun mula la sesi merempit ke masjid berdekatan. Dan masjid yang aku tuju setiap malam, tidak lain dan tidak bukan, hanyalah masjid UiTM terchenta ini la. Solat Jumaat pun kat sini, solat terawih pun sama. Sebab ini saja la masjid yang paling dekat dengan rumah sewaku sekarang ini. Walaupun ada surau yang lebih dekat, tapi aku lebih suka beribadat dimasjid, suasana dan ketenangannya memang lain dari sebuah surau kecil dan kurang kemudahannya.

Berbalik kepada cerita tadi, dalam perjalanan yang aku lalui sepanjang ke masjid tadi, aku cilok sana, cilok sini, kadang-kadang memecut, kerana ingin memotong mana-mana kereta dan juga motor yang dibawa dengan keadaan yang perlahan mengalahkan kereta lembu pada zaman Hang Tauh dulu kala. Aku rasa la, lebih baik dorang naik kereta lembu dari nak bawa kereta, sebab masa yang diambil untuk sampai ke tempat yang dituju tu tidaklah jauh sangat bezanya. Jimat pun jimat kalau naik kereta lembu ini. Sebab lembu bukan minum minyak petrol pun kan? Dah la petrol mahal sekarang ni. Cukup sekadar bagi lembu-lembu tu makan saja rumput-rumput ditepi jalan, murah dan memang percuma, tiada yang nak marah pun. Bahkan pemotong-pemotong rumput juga majlis bandaraya shah alam ini pun suka, kerana tidak perlu lagi mengupah pemotong-pemotong rumput lagi. Tapi bagaimana pula pemotong-pemotong rumput ini nak mencari rezeki? Takpe, suruh la dorang potong benda lain pula, kerja potong kek ke, potong line ke, potong memotong ke, bagus gak. Ahaks..

Eh, merapu lagi aku ni. Ape daa. Okeh, back to our story. Punya la best aku merempit malam tu, sampai dah tak ingat dunia dibuatnya, nasib baik akhirat aku ingat la juga..hehe.. Tetiba, sampai kat satu selekoh, berhampiran dengan tempat menunggu bas, kalau tak silap aku depan Kolej Delima, gedebuuukkk...huhu.. Apa yang korang fikir sekarang ni? Aku kemalangankah? Aku terjatuh kah? Aku terlanggar mahupun sengaja melanggar sesuatu kah? haha..

Semuanya salah, sebenarnya aku telah menaiki sebuah bonggol yang melintangi jalan tersebut. Gedebuk kerana bonggol itu tinggi, dan motor aku melompat macam kuda dah bila melalui bonggol tersebut..hehe.. Jangan fikir bukan-bukan, aku selamat, sihat walafiat. Tak accident pun, motorku saja yang mengaduh sakit bila melompat masa melalui bonggol tu. Lepas tu, aku meneruskan kembali rempitanku (tak insaf lagi nih) menuju ke masjid untuk melunaskan kewajipanku kepada Allah swt pada malam tersebut. 

Sampai saja kat masjid, keadaan dah pelik. Semua kenderaan tak dibenarkan memasuki kawasan masjid. Jadi terpaksalah aku memakirkan motorku jauh ditepi jalan ditepi masjid tersebut. Terpaksalah aku kerahkan kudratku untuk berjalan dan menaiki tangga menuju ke masjid. Takpe, setiap langkah menuju ke masjid tu Allah akan angkat kita satu derajat dan menghapuskan satu dosa kita. Sebab tu pada zaman nabi dulu, sahabat-sahabat memang suka berjalan kaki ke masjid bila masuknya waktu solat. Malah dipendekkan lagi setiap langkah mereka, kerana ingin mendapat sebanyak yang boleh ganjaran yang Allah janjikan tu. Tapi kita sekarang macam mana? Kalau kat masjid tu boleh 'landing' kapal terbang pun aku rasa manusia-manusia sekarang ni akan ke masjid pun menaiki kapal terbang. Punya la malas nak jalan. huh (termasuk sama lah..huhu)

Masuk saja aku ke masjid, seperti biasa aku memang akan terus ke saf pertama. Tapi pelik juga malam ni, tetiba ada karpet tempat pejalan kaki terus ke saf pertama. Macam tempat untuk raja-raja saja yang lalu. Bila aku intai-intai, ternampaklah memang ada orang besar pun malam tu. Ada majlis berbuka puasa warga uitm bersama sultan selangor rupanya. Ah, bukan urusan aku pun, buat apa aku nak sibuk-sibuk ambil tahu. Lantaklah sapa pun nak datang, bukan dia nak jumpa aku pun..haha

Terus aku selesaikan solat sunat tahyatul masjidku dan menunggu waktu azan isyak berkumandang. Selesai solat isyak, selesai solat sunat selepas isyak, terus memulakan solat terawih. Awal-awal memang aku tak rasa apa yang berbeza pun. Tapi bila masuk rakaat yang ke 4, aku sedikit menjeling ke kiri dan selang 4 orang dariku, aku merasakan ada satu sejadah yang pelik dari sejadah-sejadah lain. Ah, siapa pula yang hebat sangat ni? Selesai salam diberi, aku cuba melihat siapakah gerangan yang menggunakan sejadah tersebut. Terkejut juga aku, korang nak tahu siapa? 

Ha, betul pun tekaan korang semua. Sultan Selangor solat selang 4 orang dari aku. Wah, patut la aku rasa orang kiri kanan aku ni macam orang besar-besar je, tapi aku saja buat tak endah dan tak tahu pun. Rupa-rupanya semua yang berada berdekatan dengan sultan tu orang-orang besar negeri, pengurusan uitm dengan kementerian pengajian tinggi. Tiba-tiba aku terselit ditengah-tengah mereka, insan biasa yang tiada apa-apa pun. Tak kesahlah kan, bagi aku kita semua sama disisi Allah, tak kiralah sultan planet bumi ke, cikgu besar ke, ketua kampung ke, vice canselor uitm ke, pada hakikatnya kita semua hamba Allah. Sebab tu lah bila berihram haji, semua diwajibkan memakai pakaian yang sama. Hikmahnya adalah kerana nak menunjukkan yang kita semua manusia ni adalah sama saja disisi Allah.

Selesai solat, dapatlah juga aku bersalam dengan sultan selangor tu. Tapi bukan aku yang pergi menghulurkan tangan padanya, tapi beliau yang menghulurkan tangan padaku dulu. Biasalah kan, orang terdekat dengan kita memang kita akan bersalam pun selesai solat kan. Jadi, tak hairan sangatlah. Tapi bangga la juga, orang lain siap beratur panjang-panjang semata-mata nak bersalam dengan sultan, tapi aku ni bukan saja tak payah beratur, tapi di hulur tangan dulu pula oleh sultan..ngeh3x, jangan nak menjeleskan diri korang ye..muahaha

Wah, baru kisah terawih pertama, dah berjela-jela panjangnya. Padan la korang nak membaca cerita kedua pula. Tu la, aku dah cakap, tak payah nak baca kalau rasa diri tu mudah semput dan memang malas membaca..huhu

Cerita terawih kedua...

Okeh, aku guna 'short cut' lah,  takyah la cerita dari mula aku merempit ke masjid, nanti ada saja idea kurang cerdik aku nak kenakan korang pulak..haha

Cerita ini sebenarnya memberikan sedikit kesedaran kepadaku betapa kadang-kadang solat kita ni bukannya mudah untuk diterima Allah. Dan bukannya senang untuk kita mendapat nikmat bila melakukan solat. Kisahnya...

Seperti biasa, masuk saja ke masjid memang saf pertamalah yang aku kejarkan. Sampai kadang-kadang pernah aku berebut dengan orang lain. Tapi aku lebih cepat bertindak, dan aku la yang mendapat tempat disaf pertama tu..huhu.. Apa yang aku nak ceritakan hanya berkenaan seorang hamba Allah ni yang bersolat disebelahku. Sejak dari awal solat sunat sebelum isyak lagi aku dah rasa pelik bercampur kagum dengannya. Sepanjang solat dia menangis! Ya, memang dia menangis. Dari solat sunat, lepas tu solat isyak, solat sunat lepas isyak, dan sambung la ke solat sunat terawih dan solat sunat witir, sepanjang solat memang dia menangis. Terkedu juga aku masa tu.

Esakkan tangis lelaki tadi akan menjadi lebih kuat bila sampai masa rukuk dan bertambah kuat bila bersujud pada Allah. Memang dia betul-betul menangis. Aku disebelahnya pun terfikir panjang. Wah, betapa kerdil dan takutnya dia pada Allah bila mengadap Ilahi. Aku ni macam mana? FIkiran pun selalu melayang entah kemana bila solat. Benda yang hilang pun dalam solatlah akan selalunya kita jumpa. Tapi bagaimana dengan solat lelaki tadi? Ada ke masa untuk dia fikir selain dari berasa takut pada Allah dalam solatnya? Subhanallah, memang betul-betul menginsafkanku. Walaupun solatku sedikit terganggu dengan esakkan tangisnya.

Terfikir seketika aku akan solat-solatku selama ni. Allah, mana mungkin Kau menerima solatku yang saban hari aku lakukan ini, sedangkan aku sekali pun tidak pernah menangis dalam solatku kerana berasa takut dan mengagumi keagungan dan kekuasaan-Mu? Sedangkan solatku lah amalan pertama yang akan Kau soal diakhirat kelak. Kalau solatku sudah tiada nilai disisi-Mu, mana mungkin amalan-amalanku yang lain dapat menolongku dari murka dan azab-Mu? 

Ya Allah, ku pohon diberikan kekhusyukan dan keikhlasan dalam menunaikan ibadah kepada-Mu. Juga terimalah segala amalanku sebagai ibadat kepada-Mu, serta janganlah Kau sesatkan aku dalam kesesatan yang menyesatkan amal dan imanku dari jalan-Mu. Amin...

Suka nak berkongsi disini, cara yang aku gunakan untuk mendapatkan khusyuk dalam solat, walaupun aku sendiri kadang-kadang dan selalunya tidak akan khusyuk sepenuhnya bila bersolat. Satunya, bila solat jemaah, cuba tumpukan pada bacaan imam. Ikut satu-satu bacaannya dalam hati. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya fikiran dan hati kita tidak lari dari keadaan bersolat. Takde la nak fikir pasal power rangers ke, pasal esok nak buka makan pe ke, selain berkisar pada amalan dan perbuatan dalam solat sahaja. 

Kedua, bila bersolat sendirian, cuba perhatikan bibir kita bila solat. Maksudnya perhatikan bibir kita bila membaca setiap bacaan dalam solat. Tapi ini agak bermasalah la bagi insan-insan yang mempunyai hidung yang mancung dan pipi juga turut sama tersorong-sorong. Halamaknya memang sampai ke sudah la tak nampak bibir korang yang munggil comel lote tu..huhu

* T E R A S A S U N Y I *

4 contengan diterima:

Ibnurashidi on September 11, 2008 at 5:42 AM said...

salam...sebelum apa2..ana dlu blog ibnurusyd sekrang jadi ibnurashidi..mungkin enti leh tukarkan linknya ya..

Panjangnya cerita..kasar juga bunyi ayat:)

Lisam on September 11, 2008 at 11:29 AM said...

w'salam...

err...kasar? maaf kalo bahasa ana betul2 kasar pd pndangan nta..bukan niat nak berbahasa kasar..=(

cikgu_eya on September 17, 2008 at 12:24 AM said...

heh heh... tu lahh... org dah kata, tukar gambar tuh... degill... ^^

bukan nti lah... nta
PERHATIAN SEMUA...
PEMILIK BELOG INI ADALAH MUSLIMIN...

^^

Sahabat kita nih bukan nak berkasar. dia mmg gaya bahasanya cam tuh.. kalah bebudak tak past TADIKA... ^^

Lisam on September 17, 2008 at 7:42 AM said...

muahaha...udah ditukar cikgu..bg mengelakkan lebih amai lg yg akan menjadi mangsa kekeliruan jantina ana...tp banner still lam prtimbangan, samada mu dituko atopun x...

bebudak tadika tu pn belajo ngan ana taw....ekekeke

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal