Friday, July 11, 2008

Cinta Seorang Lelaki

Buat kaum Adam...
jika benar anda menyintai seorang wanita, lihatlah sama ada apa yang tertulis dibawah ini sama seperti apa yang anda alami dalam melayari dunia percintaan
Bagi kaum Hawa pula...
hargailah mereka. kerana kita tidak akan tahu bila mereka akan pergi dari sisi kita. Bercinta ini banyak dugaan dan halangan yang akan datang tanpa diundang. Semoga anda bijak memilih di antara permata dan kaca

CINTA SEORANG LELAKI

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dgn ikhlas perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya.

Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Di antara tanda-tanda lelaki yg jatuh cinta dgn hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dgn rela bukan krn terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yg kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian krn dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati krn ingin dipujuk oleh kekasihnya.

cinta


12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat drpd kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

Hawa diciptakan dari rusuk adam, bukan dari kepalanya untuk dijadikan pemimpinnya. Bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya. Melainkan dari sisinya Untuk di jadikan tempat hidupnya Dekat dengan lengannya untuk di lindunginya dan dekat di hatinya untuk di cintainya....

Pesanan,

Artikel ini bukan bertujuan untuk menggalakkan remaja-remaja sekarang terjebak dalam kancah percintaan, tetapi hanyalah sekadar untuk perkongsian dan bahan bacaan umum semata-mata. Mana yang baik dijadikan iktibar dan bekalan hidup, mana yang kurang baik diambil juga sebagai pedoman dan peringatan dihari kelak.

Wallahu’alam

* H A T I I N G I N S E N Y U M *

6 contengan diterima:

Unknown on July 11, 2008 at 9:25 PM said...

amboi ust kalo bab2 mcm ni teror ar..hehehehe..

M Iqbal AG on July 12, 2008 at 1:24 AM said...

salam alaik.
ya, admit; ada yang betul(cinta seorang lelaki), tapi bukan semua.
yang penting, meletakkan cinta kepada pencipta cinta itu (Allah) lebih utama; dan menyedari, tidak daripada Allah, cinta itu dapat hadir.
maka, batasi dengan syariatNya.
insyaAllah.

www.silent1412.blogspot.com

Lisam on July 16, 2008 at 5:50 PM said...

to junainah..
hehe..teror cam terorist ea? :p

to kaito..
yeap, betul tu. sblm berani ingin meletakkan cinta pada mana2 makhluk ciptaan Allah, sebaiknya letakkan cinta kita pada Allah terlebih dahulu. barulah cinta yang kita letakkan pada insan akan dipandu dan diberi petunjuk oleh Allah swt sentiasa..

lelaki bila dan cinta pada seseorang ni, bukan semua dan kebanyakannya mmg suka memendam saja perasaan tu. dan amatlah susah untuk meluahkan atau berkongsi dengan mana2 teman, walaupun teman baiknya sendiri

(pengalaman sendiri??huhu.. wallahu'alam...=))

azlishukri on July 16, 2008 at 8:05 PM said...

adakah saudari sudah bertunang? dan adakah saudari pelajar jurusan agama? pernah jatuh hati pada seseorang lelaki?

Lisam on July 17, 2008 at 1:00 AM said...

huhu..
seribu kemaafan buat sedara muhammad azli shukri, kerana telah menyebabkan salah faham dipihak sedara..

sebenarnya, camne saye nak jatuh hati pada seseorang lelaki, sebab saya sendiri mmg seorang lelaki. alhamdulillah, saya masih normal lagi, naluri minat saya masih kepada perempuan, bukan minat pada kaum sejenis..hehe

maaf.....i am a man..:D

Qalam Aisyiq on May 23, 2009 at 2:41 PM said...

Sediyhnya saat ana membca yg niyh..

perlahan2 air mata ini mengalir..

Andainya smua lelaki bgtu...
namun, ana lebiyh selesa meletakkan cinta ana kpada Allah..
Kerana blum tentu lelaki yg ana cintai akan mencintai ana sperti mna Allah mencintai ana...

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal