Saturday, June 21, 2008

Dear Ukhti

Dear ukhti-ukhtiku yang kucintai kerana Allah, apa khabar iman-mu hari ini? Semoga Allah Yang Maha Indah selalu memberi keindahan padamu dan melindungimu dari segala keburukan.

Ukhti-ukhtiku yang kucintai kerana Allah, sebaik2 perhiasan dunia adalah wanita solehah. Dan “perkara yang pertama kali ditanyakan kepada seorang wanita pada hari kiamat nanti, adalah mengenai solat lima waktu dan ketaatannya terhadap suami.” (HR.Ibnu Hibbab dari Abu Hurairah)

Ukhti-ukhtiku,

Pagi ini aku membaca sebuah buku didalamnya terdapat 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulullah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya, bila kemudian dimiliki oleh setiap isteri solehah.

Wasiat tersebut adalah:

1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, nescaya Allah menjadikana dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan keutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keredhaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak redha kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali
beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki janggut dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 syurga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bahagian dari taman syurga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari seksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

Ukhi-ukhtiku yang kucintai kerana Allah Begitu indah menjadi wanita. Dengan kelembutan dan kasihnya. Dapat merubah dunia. Jadilah diri-dirimu menjadi wanita solehah. Agar negeri menjadi indah. Kerana dirimu adalah tiang negeri ini.

Ukhti-ukhtiku yang kucintai kerana Allah, Tidakkah dirimu galau melihat keadaan negeri saat ini. Apa yang akan kau katakan pada anakmu kelak. Saat ia bertanya mengapa negeriku seperti ini? Jadilah diri-dirimu menjadi wanita sholehah. Karena esok negeri ini ditangan generasi kita.

Ukhti-ukhtiku yang kucintai kerana Allah. Begitu indah menjadi isteri .Setiap perbuatannya merupakan pahala untukmu. Lakukan dengan ikhlas kerana Allah. Insya Allah dunia akhirat ada ditanganmu. Ukhti-ukhtiku yang kucintai kerana Allah. Semoga Allah yang Maha baik Menjadikan kalian wanita dan isteri solehah. Membantu dan membimbing kami untuk tetap dijalanNya. Amiin.

* A K U T A H U K A S I H M U *

Source : Article from Nur Izwah Abd Aziz

9 contengan diterima:

azlishukri on June 21, 2008 at 4:01 PM said...

semalam saya baca buku bertajuk "Wanita Solehah dan Wanita yang Dikeji", insaf rasanya, wajib mencari isteri yang solehah..walau pun kita masih belum soleh..

Lisam on June 22, 2008 at 11:21 AM said...

setiap manusia walau sekeji mana pun dia, tetap akan mendambakan seorang teman hidup yg baik2..walau terkadang kita merasa diri kita xla sebaik mana pun, tp hati tetap akan menginginkan seorang zaujah / zauj yg soleh & solehah..insyaAllah, usaha kearah menjadi soleh, pasti yg solehah sedang menunggu kehadiran kita..=)

Anonymous said...

"Semoga Allah yang Maha baik Menjadikan kalian wanita dan isteri solehah"
Amiin

hm.byk berfikir kembali..

terima kasih artikel ni!

Fadly Halim on October 30, 2010 at 2:20 AM said...

salam...minta jasa baik untuk remove gambar di atas,...sila tukar gambar lain. gambar tersebut ialah saya & isteri...terima kasih atas kerjasama..
www.falynacreative.com

Anonymous said...

Hello friеnԁs, how іs everything, and what you ωould
like to say аbout thiѕ pieсe of writing,
іn my νіеw itѕ truly remarκаble іn favor οf
me.

Also visit my web page - best way to lose weight
Also see my web page > best way to lose weight

Anonymous said...

I visited mаny wеb pages exceρt the audio
quality for аudio songѕ eхisting аt thiѕ web pagе iѕ in fact wonderful.


Feel fгeе to vіsit my blog post
:: payday loans

Anonymous said...

Pretty sеction of cоntent. I just stumbled upon уour webѕіte and in аcсeѕsіon cаpitаl to assеrt thаt І gеt
in fаct enjοyeԁ acсount your blog poѕts.
Αnуωay I'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently rapidly.

Feel free to surf to my homepage; quick loans
my website - quick loans

Anonymous said...

Link eхchаnge is nothіng elѕe but it is simplу
placіng the other person's website link on your page at suitable place and other person will also do same in favor of you.

Also visit my web site ... payday loans
My website: payday loans

Anonymous said...

Mу brοther suggested I might like this websіte.
He was totally right. Thіs ρost truly made my daу.
You сan nоt imagine just how much timе ӏ had sρent for this infо!
Τhanks!

My website; Instant Payday Loans

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal