Salam..
Wah,pepagi hari aku dah memulakan rapuan kat blog aku nih..huhu..Biasa lah, aku hanya mempunyai masa sebegini je untuk mengupdate blog aku ni, since laptop aku masuk service buat kali ke 2 nya. Sebab masa ni jela aku dapat merembat laptop kawan-kawan aku kerana dorang semua memang tengah lena diulik mimpi lepas solat subuh tadi. Alhamdulillah, rezeki aku la pepagi buta ni, dan bagus la sebab sekurang-kurangnya aku ade aktiviti yang berfaedah sikit daripada aku pun join sama membuat 'peta dunia' bersama-sama housemate aku tu..huhu..
Dah nak masuk minggu ke 3 dah laptop aku tu berpisah dengan diri aku ni, dan sejak itu juga la aku kerinduan bangat kat laptop aku tu. Leh dikatakan sebagai nadi bagi aku la, kerana segala-galanya ada dalam laptop aku tu. Mesti ada yang terfikir, kenapa la aku ni selalu je merepek sengsorang sejak kebelakangan ni. One of the reason is sebab laptop aku takde la. Semua koleksi article aku ada dalam laptop, jadi aku kehilangan sumber la untuk posting bahan bacaan yang bermanafaat kat blog ni. Dan oleh kerana itu la aku sekarang ni lebih banyak mencoretkan isi hati dan isi fikiran aku sendiri yang merapu merabam kat blog ni. Wah, lama-lama leh jadi blog ni macam diari aku la plak..
Minggu lepas semua gempar dengan isu minyak naik lagi. Aku pun secara langsungnya memang terasa la dengan kenaikan harga tu. Apa tak nya, dulu kalo isi minya full tank setakat RM6 je, tapi sekarang dah naik sampai RM9. Tak ke naya namanya tu. Adeeh, poning palo den kalo camni. Petang sebelum diumumkan kenaikan harga tu, alhamdulillah aku baru je lepas isi minyak full tank. Aku tak tahu pun mintak akan naik harga, memang rezeki aku la petang tu, dapat gak merasa minyak dengan harga RM1.92 seliter lagi. Kawan-kawan aku bila diumumkan je kenaikan tu baru nak pergi isi, jadi memang nasib la kena beratur panjang-panjang. Habis semua stesen minyak kat tempat aku ni kena serbu, siap beratur panjang sampai atas jalan raya lagi. Bukan takat tempat aku je, seluruh negara pun camtu gak.
Tapi semua orang nak mengeluh, nak menyalahkan kerajaan, nak merungut dengan kenaikan ni. Tapi bagi aku, ini adalah sekadar secubit je ujian dari Allah buat rakyat Malaysia. Kita kena ingat, ujian bagi hamba-Nya di tempat-tempat lain lagi hebat dan teruk lagi kalau nak dibandingkan ujian bagi kita. Ala, harga minyak kita rendah lagi kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Kenapa perlu mempersoalkan ujian Allah yang cuma sedikit ni, lebih baik aku rasa kita sama-sama mensyukuri nikmat Allah yang lebih banyak dan melimpah ruah saban hari buat kita, itu lebih baik dan berfaedah pada fikiran aku. Cuba bayangkan sekiranya Allah tarik nikmat minyak ni terus dari bumi ni, tak ke kome semua gak yang susah nanti. Aku nak komen banyak-banyak pun aku ni bukan la ahli negarawan yang selalu alert dengan masalah negara pun. Pilihanraya lepas pun aku tak pergi, walhal dah layak mengundi, nak bercakap soal masalah negara lak..hahaha(gelakkan diri sendiri)
Hujung minggu lepas aku 'bercuti' kat rumah abang aku kat Damansara Indah, PJ. Wah, 2 hari aku berkurung tanpa membuat apa-apa pun. Aku terpaksa menjaga 2 orang adik perempuan aku kat rumah abang aku tu, sebab abang dengan kakak ipar aku balik Melaka. Aisyah pun turut balik sama. Lagi la aku bosan duk kat rumah nu. Kalau tak, leh gak aku habiskan masa bermain dengan anak sedara aku yang comel lote tu..huhu.. Bangun pagi, turun beli makanan, lepas tu berkurung je sampai la pagi keesokkan harinya lak. Macam duk dalam penjara je, bezanya cuma aku leh tengok tv..haha
Hari ni dah bermula kembali hari kerja. Hari yang amatlah malas bagi aku untuk pergi kerja dek kerana bahana kerja yang melambung yang terpaksa aku siapkan dalam masa kurang 4 minggu lagi. Kadang-kadang macam nak quit je practical training tu. Nak letak jawatan je. Tapi kalau aku resign, aku gak yang akan menempah bala nanti. Dibuatnya aku kena extends nanti, mati la. Tanak aku, aku nak grade on time gak. Malas dah aku nak mengadapap buku dan pergi kelas lagi. Kalau boleh, nak je aku kerja sekarang ni. Tapi aku kena sabar, aku still ade setahun lagi untuk aku habiskan ijazah aku ni. Lepas tu leh la nak cari kerja. Lepas tu leh tolong mak ayah kat kampung, tolong adik-adik yang masih sekolah lagi, lepas tu boleh la nak mencari-cari calon..wakaka..off topic je aku neh. Asyik-asyik nak masuk bab nikah kawin..huhu
Udah le, aku nak mempersiapkan diri aku lak. Nak pergi jalankan tugas aku sebagai student practical yang hampess yang belum habis lagi ni. Walaupun dalam kepayahan, terpaksa juga aku kuatkan semangat yang terkadang hilang bersama-sama embun dingin dipagi hari ni..Wah, bermadah pujangga la plak ko ni lisam..hohohoho
Wassalam.....=)
* A K U K E R I N D U A N *

3 contengan diterima:
sy pun tepikir gak mcm tu awk...yerla...maybe diorg nk kaut keuntungan ke,aper ke...tp ni sume kan dugaan Allah pd kite....kite jgn lupe tu...kalo Allah xizinkan diorg melakukan cacamarba kt msia ni,xkan blaku jgk kan?tp Allah nk bagi dugaan kt kite supaya rakyat msia ni lg tabah hdpi dugaan,lagi rajin bekerja menambah pndapatan,lagi luas pemikiran nk mengurangkan pbelanjaan...ini x, dpt duit je,time gaji,penuh shopping complex...belanja xigt dunia....bgslah myk da naik,nak belanja pun hati2...boleh byk menyimpan....
slm....bgs blog awk ni....ilmiah pn byk.....
to fafau..
yup, betul cam ape yg awak tulis 2..kekadang ni sumer dah ketentuan Allah. yg sebabnya adalah kerana sikap kita sendiri yg membuat kebinasaan dan kemaksiatan di dunia ni.
ujian Allah tu datang dengan pelbagai cara, jadi kita kena la amik iktibar atas setiap yang terjadi tu. jangan mudah melatah dan menyalahkan mana2 pihak, sebaliknya muhasabah diri sendiri, cari silap diri kita dahulu sebelum mencari silap orang lain..
to mohd nasri
salam..syukran atas kunjungan ke blog ana yg usang ini...
Post a Comment