Sunday, June 15, 2008

Weekend Yang ...

Salam..

Weekend datang lagi. Atau dalam bahasa orang melayu sejak dahulu kala, cuti hujung minggu (ye ke?ahaks). Tapi masa zaman Hang Tuah dan Tun Teja dulu ada ke cuti hujung minggu ni? Diorang pun cuti ke dari menjadi pendekar pada hari-hari begini? haha, soalan yang tidak patut aku tanya. Hapekejadahnya aku sibuk-sibuk nak tahu kan?

Sejak bebapa bulan yang lepas, cuti hujung minggu merupakan saat aku mencari rezeki dan sesuap nasi untuk menampung hidupku di menara gading ini. Walaupun terkadang bukan duit yang aku kejar, tapi pengalaman bekerja itu yang lebih penting dan seronok. Tapi saat yang paling seronok memang aku tidak boleh tipu la, mesti la masa mendapat gaji. Betapa terasa puas dan berharganya duit itu bila mana ia adalah hasil titik peluh kita sendiri. Selama ini hanya mampu menyusahkan hidup orang tua aku saja. Bila duit habis, mula la mencari-cari telefon, itu saja yang aku pandai buat dulu. Tapi sekarang ini aku cukup malu untuk menyusahkan ke dua orang tua aku lagi. Aku dapat merasakan betapa berharganya nilai RM1 dalam hidup mereka untuk menyara kami adik beradik. Aku lebih rela berlapar dan menahan perut yang kosong ini dari aku meminta-minta lagi dari mereka.

Sampaikan mak aku selalu menelefon aku dan bertanya samada aku memerlukan duit ke tidak lagi. Mungkin pelik dan terlalu mengambil berat pasal aku rasanya. Kerana seingat aku, semester ini memang aku tidak pernah lagi menelefon untuk meminta duit. Selalu saja aku memberikan alasan aku sudah punya duit, anak mak ini bekerja hujung minggu mak, mak tidak perlu la risaukan lagi. InsyaAllah, anak mak ini tidak akan menyusahkan hidup mak dan ayah lagi lepas ini. Biarlah anak mak ni pula yang merasa susah, asalkan mak dan ayah tidak lagi bersusah payah menyara anak mak ini.

Mak simpan la duit-duit mak tu baik-baik, sara adik-adik yang lain. Mak pun selalu nyatakan hasrat mak untuk ke Mekah. Anak mak ini dapat merasakan yang mak terlalu rindukan lambaian Mekah dan Madinah, kerana hampir setiap kali anak mak ini pulang menemui mak, selalu sangat mak bercerita hasrat ini pada anak-anak mak. Sehingga terkadang anak mak ni terasa bersalah sangat kerana masih belum mampu lagi nak membiayai perbelanjaan mak ke sana. Walau tidak banyak pun, seratus dua pun sudah cukup lah, kerana anak mak ni masih belum bekerja tetap, masih lagi dibangku pengajian mak.

Ah, saat kerinduan pada kedua orang tuaku tidak dapat lagi dibendung..

Hari ini, rezeki aku menapak lagi ke dulang poket seluarku. Dapat menyambung kembali kerja sambilan aku sebagai serving person kepada sebuah syarikat catering dimajlis pernikahan, setelah 2 minggu aku tidak bekerja kerana halangan-halangan yang aku tidak mampu elakkan. Alhamdulillah, Allah punya rezeki lagi buat aku untuk minggu ini. Syukur lisam, ucapkan syukur pada Allah!

* I M A N S Y U K U R *

2 contengan diterima:

Anonymous said...

ana tak lama lagi dah nak gi sambung blaja dan drpd dulu lagi dah tetapkan supaya tak nak mintak duit poket selalu..sebab tau ibu ayah tu selalu susah hati nak pikir pasal duit ni..

soal makan minum pun takde la risau sgt sbb lelaki kan senang..tak makan pun takpe..huhu~

Lisam on June 15, 2008 at 11:11 PM said...

yup, betul 2. kalo laki ni, mkn pe pun xkesah, insyaAllah leh idup lg. plg pntg, pndai bawak diri. rezki Allah 2 ade kat mane2. cuma kita perlu la usaha ckit untuk mendapatkannya..tul x?hihi

moga menjadi anak yang soleh dan membanggakan keluarga. jangan jadi anak yang toleh dan menyusahkan keluarga.. toleh?haha, ntah pape jek:p

 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal