Assalamualaikum..
Kembali dalam sesi repekan dan rapuan di blog yang ntahapehapentah ni. Saat hati yang seakan dan sememangnya tidak sabar untuk menghabiskan sisa-sisa latihan praktikal yang telah pun hampir ke hari-hari terakhirnya. Sebenarnya ada lagi seminggu, bukan esok pun dah nak habis. Lebih-lebih excited lak aku ni..hak3x..
Tapi bagi yang sama-sama merasa betapa getirnya meniti saat-saat menjalani latihan praktikal ni, terutama askar-askar seangkatan yang sama-sama berpraktikal dengan aku, baru la dapat merasa betapa saat-saat melepaskan jawatan sebagai student praktikal ini amatlah dinantikan melebihi penantian seekor pungguk yang merindukan bulan dan bintang. Saat sama-sama merasa tensen dan tertekan oleh bahana kerja sebagai sekretariat untuk program pada bulan 8 ni. Kadang-kadang terasa menyesal pun ada sebab aku menerima untuk menjalani praktikal kat fakulti ni. Kena pula handle program dan take over tugas-tugas dari sekretariat asal. Awal-awal terasa ok la juga, tapi bila lama-lama, hari-hari terasa seperti amatlah perit untuk dilalui.
Dah rezeki aku kat sini kan, buat apa aku nak menyesal atau mengeluh dah. Sekurang-kurangnya ada juga la tempat untuk aku menyempurnakan latihan praktikal aku ni. Lagipun tinggal lagi seminggu untuk aku habiskan, takkan la nak tulis surat berhenti kerja lak..haha.. Takde maknanya aku nak menempah lagi banyak bala nanti. Jadi, banyak-banyak la sabar. Redha!!
Minggu ini, sesi untuk subject online registration dah dibuka. Mendaftar la aku ini untuk subjek-subjek yang akan aku ambil semester depan. Seram gak bila memikirkannya, mane tidaknya kalo terpaksa mengambil sampai 9 matapelajaran. Mahunya aku fingsan nanti nak belajar. Kalau masa sekolah menengah dulu ambil sampai berbelas-belas pun rasa biasa je. Tapi bila dah masuk u ni, 7 subjek untuk satu semester pun dah terasa amatlah berat. Jadual aku untuk semester depan tak payah cakap la. Hampir setiap hari kelas bermula jam 8.30 pagi, dan tamat jam 6.00 petang. Memang hampir penuh, tanpa masa untuk aku main-main lagi. Alamaknya banyak pula la kelas yang akan jadi mangsa sasaran untuk aku ponteng..hoho
Semester depan dah masuk semester 5. Kalau nak dikira masa yang aku dah habiskan sebagai seorang pelajar u ni, dah masuk 4 tahun setengah. Maksudnya dah masuk 9 semester jika dicampur semester depan. Lama tu. Aku sendiri pun seakan tidak percaya je aku dah sampai ke tahap ni.
Kalau diungkit balik kenangan-kenangan lama sewaktu masih dibangku sekolah, mimpi untuk bergelar seorang mahasiswa seakan sesuatu yang teramatlah susah dan amat perit untuk dicapai. Selalu saja aku ni fikir yang aku mungkin tidak dapat mengikut jejak kakak dan abang aku yang kesemuanya berjaya melanjutkan pelajaran sehingga ke menara gading. Masa tersebut terasa teramatlah kerdil dan malu dengan adik beradikku yang lain. Tapi bila saja mendapat tawaran untuk sama-sama melanjutkan pelajaran ke universiti, hanya syukur yang mampu aku ucapkan. Terasa diri ini ada tempat juga didalam dunia ini. Aku juga mampu menjadi setanding dengan abang dan kakak aku. Aku juga mampu mewarisi kehebatan mereka yang mampu ke universiti. Memenuhi impian mak dan ayahku untuk melihat semua anak-anaknya masuk u. Alhamdulillah, sehingga sekarang, semua adik-adik yang tamat SPM dah berjaya ke universiti dan kolej universiti.
Dua hari lepas, rezeki aku datang lagi. Disaat-saat hampir kekeringan untuk menjalani hidup ini, tiba-tiba dapat panggilan dari mak. Mak minta aku pergi ke pejabat pos dan mengambil duit RM150 sebab ayah dah perbaharui cukai jalan motor aku yang satu lagi kat kampung. Jadi dapatlah duit yang dijanjikan pihak kerajaan tu sebagai imbuhan atas kenaikan harga minyak baru-baru ini. Pape pun, aku tetap bersyukur, walaupun nilainya terlampau sedikit untuk menampung duit minyak motor aku selama setahun, tapi itu dah jumlah rezeki yang Allah tetapkan, jadi terimalah tanpa banyak soal.
Prinsip aku senang, orang nak bagi banyak mana pun tak kisah, sebab rezeki tu Allah yang tetapkan. Walau banyak mana sekalipun yang kita harapkan, jika Allah dah tetapkan rezeki kita cuma sejemput itu, redha dan terima jela. Jangan nak banyak songeh dan mempersoalkan rezeki yang Allah dah bagi tu. Kira bagus la Allah masih sudi lagi nak kurniakan rezekiNya, kalau pintu rezekiNya dah tertutup untuk kita, agak-agaknya apa akan jadi pada diri kita ini? Tak ke naye..
Kalau nak lebih, usaha dengan tenaga yang Allah dah kurniakan. Jangan hanya pandai mengeluh dan membebel saja tanpa membuat apa-apa. Rezeki Allah tu ada kat mana-mana, cuma atas usaha kita la nak mendapatkannya atau membiarkan saja dengan harapan dia akan datang bergolek jatuh keriba kita. Jangan hanya nak mengharap, sebab Allah dah janjikan setiap kita akan mendapat sebanyak yang kita usahakan. Banyak usaha kita, banyak la yang kita dapat. Sedikit usaha kita, sedikit la jawabnya yang masuk ke poket seluar dan purse kita.
Bila bercakap soal rezeki ni, pertamanya kita kena ingat dan selalu ingat, semua yang kita dapat ni, walhal sembuh dari sakit dari gigitan nyamuk pun, itu semuanya adalah datangnya dari Allah. Semuanya rezeki dari Allah atas sifat belas kasihan dan sayangnya pada hamba-hambaNya. Dan ingatlah, sebaik-baik hambaNya adalah yang bersyukur diatas setiap kurniaan Allah pada dirinya. Bila saja kita mendapat sesuatu yang mengembirakan kita, membuatkan hati kita senang dan tenang, cepat-cepat bersyukur pada Allah atas kurniaanNya itu. Bila mendapat sesuatu yang kurang enak dan kurang kita suka, pertamanya redha dan mohonlah supaya Allah tabahkan hati kita dalam menempuh ujianNya itu. Selalu pujuk hati dengan baik, setiap kejadian itu pasti tiada satu pun yang sia-sia dan disebaliknya terselit pelbagai hikmah yang selalunya kita lupa dan tidak ambil peduli.
Kenapa? Sebab kita biasanya susah nak nampak sesuatu yang baik, tapi bila berlaku sesuatu yang buruk dan kita tidak suka, cepat saja hati ni nak memberontak dan menyalahkan takdir. Tapi kita sering lupa untuk memikirkan semua itu adalah ketentuan dari Allah. Takdir yang Allah dan tentukan bagi diri kita. Tapi semua ni biasanya kita tak nampak dan tak sedar pun. Sebaliknya, janganlah kita cepat nak melatah bila mana sesuatu yang tidak kita inginkan terjadi keatas diri kita.
Pertamanya tenangkan diri dan beristghfarlah sebanyak yang boleh. Bagi hati sejuk dulu dan jangan dilayan hati yang tengah panas oleh sogokan nafsu dan bisikan syaitan. Seterusnya redha dan terimalah ketentuan tersebut dengan hati terbuka. Cuba ajak hati dan fikiran kita untuk berfikir disebalik kejadian tersebut. Ambil iktibar dan cuba perbaiki ia untuk masa-masa akan datang. Formulanya cukup senang, sandarkan semua yang terjadi adalah kerana Allah, pasti diri dapat menerima dan insyaAllah hidup kita lebih tenang dan tenteram.
Suka juga ingin diselitkan disini, jika seseorang yang kita suka dan kita sayang pergi meninggalkan kita ataupun tidak menerima cinta kita, usahlah bersedih dan tertekan dengan ketentuan itu. Kita kena sedar, jika dah ditakdirkan sidia bukan milik kita, walau kita sayang dan cintakan dia sebanyak mana pun, berdoa siang malam, walau sehabis jiwa dan raga kita pun cuba mempertahan hubungan tersebut, lama kelamaan pasti berpisah jua. Ingat, dia bukan jodohmu kerana dia tidak sesuai untuk diri, agama, keluarga dan masa depanmu, dan yang pastinya Allah sedang mempersiapkan seseorang yang amat sesuai bagi dirimu. Cuma apa yang diperlukan, bersabar dan elakkan menagih cinta dari insan yang belum tentu lagi akan menjadi milik kita. Cuba tepis sebolehnya perasaan dan lambaian cinta-cinta sesat dan terlarang yang selalunya datang tanpa kita pinta.
Wah, pesanan buat diri aku juga ni. Terkadang suka bermain dengan perasaan sendiri. Yang pasti, jangan nak sia-siakan cinta dan kasih sayang kita pada yang tiada hak untuk mendapatkannya. Kasih sayang dan rasa cinta kita hanya untuk suami atau isteri kita sahaja, bukan untuk insan lain yang bukan milik kita. Ingat..huhu
Lisam in good mood..ekekeke
* I M A N KU S E N Y U M D A L A M L A PA R *

6 contengan diterima:
amboi admin bukan main suka lg dah nk abis prtkl ni ek??dh xsgup ada kaitan dgn ihack??heheh.apa2 pun thanx so much kt admin and member2 yg take over tugas kitorg..hopefully lepas dah abis prtkl dpt gak jd org kuat ihack coz kalau xda admin n the geng rase nye event ni xjln dgn sempurna...sy nk join chat kt blog ni tp xleh coz kena block.so sy jd permerhati je lah..hehehe..anyway see u next week..~girl below the wind~
secara jujurnya, ya la jwpnnye..hehe..dah xsggup dah asenye nak ngadap bende2 ni sumer. tp dah t/jwb kan, kene la laksana gak walopon ngan atiyang xbape nak ekhlas..ekeke..
ade gak dpt twrn tuk join trus secara rasmi lam ihack ni, tp penasihat2 sumer still bg option kat ktorang dak2 prktikal. kalo nak join, amatlah digalakkan menjoinkan diri sendiri. kalo tanak, pk la banyak2 kali dulu. coz job yg ktorang wat skrg dah hmpir ke fasa terakhir. juz tunggu penyertaan dr ipt je. of course la byk keje yg ktorg je tahu progressnye camne kan..
pape pun, walo ust xjoin bende alah ni(insyaAllah), ust doakan moge kalian sekretariat asal dpt menjalankn tugas kalian dengan jayanya lepas ni. hopefully gak event ni akan berjalan dengan lancar tanpa cacat celanya. n sori for all the mistaken that we've done during our practical under this ihack event. we've done our best and hopefully you all satisfy with the task that we've done..~men beside the wind..hakaka:p
kami harap2 sgt korg join ihack ni hak..sedeynye kalo ust n geng xnk join.sbb byk bnda yg korg tau dr kitaorg,lgpun korg yg deal dgn pihak2 yg terlibat..apakata bersatu kita teguh bercerai kita roboh..hehehe.(bercerai kawen lg 1..huhuhu)..~girl below the wind~
jun ase sedey bile kitorang xnak join, tp kitorang ase sedey sangat bile terpaksa join..huhu
jun maybe xase la cam ape yang kami ase selama wat keje ihack ni. especially bila bab berunding ngn cik ***..xmo la sebut name, sbb ni public punye blog, so paham2 jela..ekeke
kami dah cukup 'terseksa' dah dengan keje2 ni sume. sbb 2la kami ase cam dah xnak lagi libatkan diri dengan bende2 alah ni. bukan tak mahu menolong kalian sekretariat asal, cuma kdg2 hati ni dah terlalu perit dah untuk menelan bende2 ni sumer.
tp doa2kan la hati kitorang terbuka untuk join korang nanti. mane la taw, doa2 kalian sumer ade yang Allah makbulkan, terbuka pintu hati kitorang untuk join skaki..hehe
insyaAllah, jika kitorang xjoin korang sumer nanti, kami akan sediakan laporan dan guide selengkapnya untuk memudahkan pihak sekretariat asal menyambung kerja2 kami yang masih belum siap..
hidup ihack untuk negara..ceewahh..ahakz~ =)
sapa plk jun 2??hehehe..klah xnk pakse lah..nnt lain plk jadinya..
eleh..cam r xkenal sape lg gurl below the wind kalo bukan cik junainah sowang 2..hikhikhik
tade istilah paksa memaksa pun kat sini. i'm willing to help u olz, but maybe with the situation that i'm facing rite now, its not allow me to give the accurate answer to the offer...huhuhu
insya-Allah.....^_^
Post a Comment