Gatal nak menaip, nak update, nak berkongsi sesuatu dengan pembaca, tapi... Apa yang tapi pulak ni..huhu.. Tapi takde idea la untuk menaip dan berkongsi cerita dengan korang semua. Apa yang aku tahu sekarang ni, kerja sekolah je yang semakin melambung-lambung tinggi bagaikan tiba masa untuk runtuh, jatuh menyembah bumi. Nasib tak menyembah muka tuan punya kerja ni je. Malas sangat, padan muka.
Bila berpuasa ni, rajin la pula nak menaip, nak meng'update' blog ni. Bukan apa, aku tak suka la sajikan benda-benda yang dah basi ni. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti berhabuk, berdaki, berlumut pula blog ni. Dan bila perkara ini terjadi, korang semua pun mesti naik bosan kan? Lepas tu dah tak nak melawat blog aku nih lagi dengan relanya..huk3x.. Jadi, aku sajikan juga la sedikit hidangan hasil air tanganku ini walaupun aku tahu, rasanya tidaklah seperti masakan ibu-ibu juga umi-umi korang semua kat kampung.
Bila bercakap soal kampung ni, mula nak terasa hiba dan sayu kat lubuk hati ni. Errmm... Rindu pada mak dan ayah serta adik-adik kat kampung memang kadang-kadang aku tak dapat nak tahan. Gelak tawa adik-adik yang kadang memeningkan kepala aku juga, terlalu aku rindui. Adik bongsuku, Airi, walaupun kadang-kadang suka mengacau aku membuat kerja, selalu sangat curi-curi buka laptop aku untuk bermain game, tapi aku tetap rindukan suasana tersebut. Esakan dan tangisan adik perempuan bongsuku yang kadang-kadang menyerabutkan kepala, tetap aku rindui disaat berjauhan ni.
Selalu adik lelaki bongsuku bertanya padaku bila tiap kali aku balik kampung, disaat bersama bermain dengannya, soalan yang biasa ditanya padaku, "bila nak balik kolumpo?", dan aku selalunya akan menjawab, "petang ni nak balik la", dan jawapannya mesti, "oloo.. cepatnya nak balik dah, padahal baru je balik". Aku tahu, dia pun rindukan aku. Dia pun teringin nak bersama abang-abang dia kat rumah bermain bersama dia. Aku tahu, dia kadang-kadang kebosanan kat rumah, kerana tiada teman lelaki untuk bermain lagi. Semua abang-abangnya jauh diperantauan. Menghitung hari entah bila abang-abangnya akan pulang ke rumah lagi. Sejak dia kecil lagi, memang abang-abangnya sudah mula merantau, berjauhan dan tidak punya banyak masa untuk bersamanya. Kadang-kadang kesian juga aku padanya. Ah, pilu sungguh hati ni.
Teringat bila mana emakku selalu menelefonku bertanyakan khabar, biasanya adikku juga akan turut sama bercakap denganku. Kalau tak pun, mesti dia akan membuat bising ditepi emak ketika sedang menelefonku. Dan ayat yang selalu aku dengar adalah, "bila nak balik?". Memang, ayat inilah yang selalu diucapkan adik-adikku. Bila mereka bercakap denganku pun memang soalan inilah yang ditanya berulang-ulang kali kepadaku. Kadang-kadang sebak gak terasa dalam hati ni, tapi tahan jela. Tak pasal-pasal aku nak menangis pula..huhu
Tambah-tambah bila dibulan puasa ni. Mula la merindui masakan mak kat kampung. Berkumpul ramai-ramai adik beradik disaat menanti azan berkumandang. Memang aku rindukan suasana tersebut lagi sekarang ni. Aku yang biasanya akan menjadi pembaca doa berbuka dan acap kali juga menjadi pendengar azan dari masjid disaat azan tidak kedengaran jelas, terlalu rindukan saat-saat tersebut.
Mungkinkah akan berulang kembali saat seperti itu? Susah, itulah yang aku mampu simpulkan. Ditambah pula dengan keadaan abang-abang dan kakakku yang sudah pun berumah tangga, agak sukar untuk kembali mengumpul kesemua adik beradikku seperti dulu lagi. Sekarang ini hanya tinggal aku la mengambil alih tugas sebagai anak sulong yang masih bujang. Masih berseorangan tanpa teman disisi, tidak seperti abang-abangku yang sudah pun berdua, sudah pun punya tanggungan dan tanggungjawab sendiri. Dan aku tahu, saatku juga akan tiba. Berdua dan meninggalkan adik-adik serta kedua orang tua yang selama ini membesarkanku dikampung.
Ha, dalam-dalam takde idea ni. Dah masuk bab cerita sedih pula. Tu la, bila nak memulakan menaip tula yang susahnya, tapi bila jari ni dah rancak je menari-nari kat atas atas keyboard ni, baru la idea mencurah-curah datang. Walaupun pada awalnya memang kosong je otak ni, tak tahu nak tulis apa, last-last Allah kurniakan juga aku idea yang aku sendiri tak pernah terfikir untuk menulisnya. Jadi, inilah hasilnya. Dapat juga aku mengelakkan blog aku ni dari berhabuk seperti sesetengah blog sahabat-sahabatku yang lain. Bukan semua, ade sesetengah jela. So, tuk kawan-kawan blogger ku sekalian, update la blog kalian semua, aku rindukan hasil tulisan tangan korang lagi. Kadang-kadang hasil tulisan kalian tu la yang menambah dan mencambahkan idea dalam otakku ini untuk terus menulis dan berkongsi.
Memetik kata-kata pada status YM seorang sahabatku, "Allah tidak mengurniakan apa yang kita mahu, tapi Allah kurniakan apa yang kita perlu". Memang sedap dan mendalam maksud ayatnya ni. Memang betul, kadang-kadang kita selalu meminta-minta dengan Allah, mengharap sesuatu tanpa kita berfikir panjang samada sesuatu itu perlu ataupun tidak dalam hidup kita. Apa yang kita tahu, kita hanya mahu Allah kurniakan kita apa yang kita mahukan tu.
Tapi kadang-kadang kita tidak sedar, apa yang kita mahukan tu tidaklah mampu membuatkan hidup kita lebih bahagia dan puas. Sebabnya satu je, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya. Dan Allah tidak akan menimpakan sesuatu beban melainkan mengikut kemampuan hamba-hamba-Nya. Bersabarlah, dan belajar untuk menerima setiap pemberian nikmat mahupun musibah Allah itu dengan hati yang redha dan terbuka. Jangan ditangisi apa yang bukan menjadi milik kita, kerana Allah pasti sedang mempersiapkan kita dengan sesuatu yang lebih baik dan bermakna untuk diri kita. Apa yang kita perlu buat sekarang ini hanya bersabar dan yakin dengan setiap janji Allah. InsyaAllah, bahagia pasti akan menantimu kelak. Insya-Allah...
* E N G KA U Y A N G K U H A R A P *
























