Friday, July 24, 2009

Tiga Menjadi Dua

Seminggu berlalu. Menjalani hidup sebagai anak perantau dibumi Shah Alam, sekali lagi setalah lebih sebulan kembali menyusahkan dan meramaikan manusia dibumi kelahiranku, Terengganu Darul Iman. Dan lebih kurang 2 bulan sebagai seorang penganggur sepenuh masa. Kata Makngah, tak manis menyebut penganggur, lebih elok menggelar diri sebagai Job Seeker. Tapi malangnya, ada juga manusia yang tidak tahu apa itu job seeker.

Menjalani hidup sebagai insan yang bukan lagi bergelar seorang pelajar, walau pada hakikatnya sampai ke liang lahad kita masih lagi akan belajar, tanpa henti, bukanlah satu benda yang boleh dibangga-banggakan. Dah grade, dah tak perlu lagi pergi ke kelas, tidak perlu serabut dengan date line assignment, projek, bersengkang mata mengulangkaji pelajaran untuk kuiz, test dan juga final, mungkin sesuatu yang amat-amatlah diingini dan diimpi bagi setiap insan yang bergelar seorang pelajar. Aku juga pernah menjadi pelajar, aku dah masak sangat dengan perasaan itu.

Ah, aku tidak akan merasai semuanya itu lagi. Mungkinkah aku bakal merinduinya? Entah, tunggu dan lihat. Yang pasti, aku masih dalam mood kegembiraan kerana sudah tidak perlu bersusah bergelar seorang pelajar lagi. Aku bebas sebagai diri aku. Bangun pagi, mandi, bersiap-siap dipagi hari, pakai baju smart-smart, tu semua dah tiada lagi dalam diari hidup aku. Aku nak bersiap pukul berapa, aku punya suka la, dah takda lagi jadual yang perlu aku ikut..haha, I'm free..

Mungkin..

Tapi pada hakikatnya, menjadi seorang yang lagi bukan bergelar pelajar, bukanlah se-best yang disangka. Walau hidup tidak lagi dibelenggu semua bebanan sebagai seorang pelajar, tapi ada bebanan lain yang hari demi hari makin bertambah dan membelenggu otak dan fikiran.

Sesekali berita mengenai kawan-kawan yang sudah pun berjaya menempatkan diri mereka diorganisasi kerajaan mahupun swasta sebagai seorang pekerja, hati cukup terasa kejelesan dan kerisauan. Aku pula bila? Mungkinkah akan ada tempat untuk aku menjadi seperti mereka juga? Takkanlah aku masih lagi nak menjadi bebanan pada orang tua aku? Sepatutnya pada masa sekarang aku sudah patut membayar zakat untuk diri aku sendiri. Bukannya masih meletakkan kewajipan itu pada bahu dan poket seluar bapaku lagi.

Bersabar Lisam, teruskan usaha kamu, pasti akan ada juga rezeki yang Allah sudah pun tetapkan bagi diri mu. Usah risau, usah bimbang, yang pasti kamu berusaha dengan semampu kamu. Usaha Lisam! Usaha!

Ya, aku kena usaha. Kerana tanpa usaha, mana mungkin anak dara itu bakal aku miliki..hehe.. Isu kahwin menjadi antara isu yang paling hot dibincangkan dikalangan krew-krew Iluvislam.com. Alhamdulillah, moga Allah permudahkan segalanya buat mereka. Termasuk diriku.

Minggu ini, alhamdulillah aku dah pun berjaya menghadirkan diri ke dua sesi temuduga. Seperti post lalu, asalnya memanglah ada tiga tempat yang perlu aku hadirkan diri, namun atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, satu temuduga terpaksa aku lepaskan. Walaupun hati berat, namun mungkin itu ketetapan yang Allah dah tetapkan.

Alhamdulillah, temuduga pertama di Bukit Kiara berjaya aku lalui dengan baik. Dan aku terpilih untuk menghadiri sesi kedua untuk temuduga dengan pihak pengurusan tertinggi syarikat berkenaan pada hari Isnin depan. Sememangnya dah menjadi ketetapan bagi syarikat tersebut untuk membuat dua kali interview. Lulus diperingkat Human Resource bukan bererti telah berjaya mendapat pekerjaan tersebut, tapi haruslah juga lulus diperingkat Top Management syarikat.

Temuduga kedua, di Jalan Semarak, KL juga alhamdulillah berjalan dengan amat baik sekali. Dan pada hari tersebut juga, aku telah pun berjaya mendapat perkerjaan tersebut. Tergamam aku bilamana interviewer tersebut mengatakan aku telah pun dipilihnya. Tersenyum kambinglah aku sepanjang hari tersebut. Kerana menampakkan muka terkejut, sehinggakan pegawai tersebut sempat bertanya adakah aku mahukan jawatan tersebut atau pun tidak. Aku apa lagi, terus la jawab, "yes sir, if you've gave me this position, then I accept it"..ngee.. Lepas tu terus sembang-sembang pasal bila nak mula, skop kerja dan hal-hal lain yang perlu. Selesai sahaja, aku terus dibawa ke bahagian sumber manusia untuk mengisi segala butiran peribadi. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan urusan aku pada hari tersebut.

Tapi hati aku masih berat sebenarnya untuk menerima jawatan ini, walaupun untuk bekerja disyarikat besar dan glemer seperti itu mungkin menjadi kegilaan semua orang, tapi aku lebih suka dan berharap pada kerja yang aku mohon di syarikat di Bukit Kiara. Kerana ia memang satu jawatan yang aku idam-idamkan selama ni. Tidak perlu susah-susah untuk mengadap komputer berdepan dengan programming language, memikirkan macam mana nak membuat sistem sehinggakan boleh membikin kepada ingin pecah saja. Jawatan ini lebih kepada kerja teknikal. Setup network dan kerja-kerja berkaitan rangkaian semata-mata.

Dalam perjalanan pulang ke Shah Alam pada hari sama, aku mendapat satu lagi panggilan. Alhamdulillah, satu lagi pintu rezeki yang Allah buka untuk aku. Jemputan ke satu lagi sesi temuduga pada minggu depan dibangunan Great Eastern, berhampiran dengan KLCC. Pada awalnya aku terlebih dahulu di-inerview ditelefon saja, selepas dia dah puas hati dengan jawapan aku, barulah dipelawa untuk menghadiri sesi temuduga berkenaan. Syukur alhamdulillah, moga aku dipermudahkan untuk menhadiri kedua-dua sesi temuduga berkenaan.

Jadi sekarang apa yang aku nak buat? Betul, pergi tidur..haha

Tata..

* M U D A H K A N *
Read rest of entry

Saturday, July 18, 2009

3 Destinasi

Hari ni, aku telah berjaya meroundkan diriku sendiri ke tiga destinasi yang bukannya dekat, boleh dikatakan jaraknya diantara nuzilen dan juga Ghana, lepas tu patah balik ke Seri Kembangan, Selangor sebelum menuju ke Seksyen 7, Shah Alam..hik hik hik..

2, 3 hari lepas, baru sahaja dapat berita yang boleh la dikatakan menghepikan diriku sendiri dan juga diri insan-insan yang ingin sekaki tumpang menghepikan dirinya tanpa disuruh-suruh pun oleh lipan dan juga cipan peliharaan pakcik. 3 interview yang perlu dilalui pada minggu depan. Alhamdulillah, ini interview ke 2, 3 & 4 yang bakal aku lalui. Sebelum ni dah selesai 1 interview bagi jawatan di jabatan kerajaan. Interview yang sengal. Seperti biasa, sudah ada insan yang menunggu untuk jawatan tu. Bukan orang lain, tapi kawan masa kat sekolah dulu gak. Aku dapat tahu pun lepas dah selesai interview. Tak apa lah, mungkin bukan rezeki aku untuk kerja kat tempat yang glemer dengan status makan gaji buta tu, aku jadikan ia sebagai pengalaman pertama aku untuk betul-betul diinterview.

Untuk minggu depan punya, 3 interview dalam masa 2 hari. 1 hari isnin dan 2 pada hari selasa. Kerja apa tu korang tak payah la nak ambik tahu (macam la korang nak tahu kan..hak hak hak), yang penting tolong la doakan moga aku dapat mana satu antara kerja yang ditawarkan tu. Kalau tak dapat gak, doakan aku untuk sesi-sesi yang akan datang. amiinn..

Ketiga-tiga tempat tersebut telah pun alhamdulillah berjaya aku jejaki pada hari ini sebelum tiba pada hari yang sebenar. Dengan tujuan untuk kenal jalan dan juga bajet masa. Bermula jam 10 pagi bertolak dari rumahku di Shah Alam, seterusnya menuju ke Bukit Kiara, Kuala Lumpur, destinasi pertama perlu aku tawan. Ngeee, seram jugak bila tengok kawasan situ. Nampak terlalu futuristik dan mewah. Kalau la aku dapat kerja kat situ, nampaknya tidur tepi longkang jela nanti. Tu pun belum tentu layak ke tak. Kalau nak sewa area situ, agaknya gaji aku sebulan pun belum tentu lagi dapat bayar rumah sebijik..ngeee, seram seyh..

Destinasi kedua, Jalan Raja Muda Abdul Aziz. Yang ni tak menjadi masalah sangat bagi aku, kerana ia berdekatan dengan Kg Baru je. Tempat yang memang dah biasa sangat aku pergi. Sampai ke sana tanpa sesat dan perlu bertanya pada orang ramai ditepi jalan dah. Alhamdulillah. Kompeni ni, semua orang kenal. Kebarangkalian korang untuk menggunakan produk diorang ni sangat tinggi. Kemana-mana pun korang pasti bawa. Kalau dapat yang ni, alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Tak bermaksud bila dapat yang lain tak bersyukur ye..hoho

Destinasi ketiga merupakan destinasi yang paling susah untuk aku jumpa. Entah berapa kali aku sesat. Pusing-pusing roundbout yang sama, naik Highway ntah apa ntah, nasib baik juga la sampai gak akhirnya. Bila pertama kali tengok kompeni tu, depan-depan dah nampak kertas tulisan cina kat kain merah tu. Haiyya, ini kampeni cina punya la nampaknya. Tempak pun kat Seri Kembangan, yang memang dikenali sebagai kampung orang cina, atau china town. Chinese memang ramai kat sini. Tetiba berat hati nak pergi interview kat kompeni ni. Tapi mana la tahu, mungkin rezeki aku disini. Tak apalah, yang penting wang yang aku bakal dapat nanti halalan toyyibah sudah..kan kan kan..

Malam ni, badan pun terasa penat sangat kerana sehari merempit ke sana ke mari seluruh negeri selangor, nuzilen dan juga ghana. Jadi badan pun amatlah memerlukan rehat yang mencukupi sebelum memulakan aktiviti untuk keesokkan harinya. Alhamdulillah, malam ni berkesempatan online, jadi menulis la sedikit di belog ni walaupun aku sendiri tak tahu apa yang aku duk repekkan ni. Rasa macam sengal je..haha.. Lantak la, aiman tak kesah..lalala

* I M A N M E N A N G I S *

Read rest of entry

Tuesday, July 14, 2009

Pembersihan

Alahmdulillah, kaki sekali lagi menjejakkan dirinya di bumi Lembah Klang. Sebulan lebih berada di bumi Terengganu, menghabiskan sisa-sisa hidup dan melepakkan diri sendiri disana, kini kembali menyibukkan diri di bumi yang penuh dengan kesibukan dan kesesakkan.

Bukan nak update apa-apa pun lagi ni, cuma tangan terasa gatal nak menaip sesuatu je sebagai pengisian (mungkin karutan yang membuang masa anda untuk membacanya) kat dalam belog yang dah tahap gaban menyimpan sawang dan lumut-lumut hijau, kuning dan kelabu taik anjing nih.

Banyak peristiwa yang berlaku, samada yang melibatkan diri sendiri mahupun tiada kena mengena dengan diri kita, tapi kehidupan mesti ditempuhi semampu dan sebaik mungkin. Hari ini mungkin kita diatas, esok lusa mungkin kita bakal jatuh ketepi mahupun kebawah terus. Apa-apa pun, kesabaran dan keyakinan pada rahmat dan pertolongan Allah haruslah terus tersemat kukuh disanubari. Ingat, Allah sentiasa adil dan betul. Kita je yang bangsat menzalimi diri sendiri.

Adios..tata

* S E N Y U M L A H *
Read rest of entry

Sunday, June 7, 2009

Pergi Kau Jauh Dari Hidupku

Muahaha.. Siapakah yang telah aku suruh pergi main jauh-jauh itu? Siapakah yang dihalau itu? Anak kucing? kah Anak kambing kah? Anak kerbau kah? Teett.. Salah.. Jawapannya.. Diriku sendiri.. ngeeee~

Alhamdulillah, baru saja selesai mengemas segala macam harta benda yang telah aku cipta semenjak berada dibumi Shah Alam ini. Yang tinggal hanya pakaian yang memenuhi sebuah almari baju yang belum aku simpan kedalam beg. Malam ini saja, aku telah pun berjaya menyumbangkan dua biji plastik hitam sampah untuk MBSA kutip keesokkan paginya. InsyaAllah, ini merupakan sumbangan sampah terakhirku untuk bumi Shah Alam ini, bagi sesi ini. Lain kali, aku cuba sedeqahkan lagi sampah untuk diorang kutip.


Menyingkap kisah dua tahun bermastautin dibumi Shah Alam, terlalu banyak kisah suka duka yang telah aku lalui. Disini, banyak benda yang aku pelajari saban hari sehinggakan membuatkan diriku sendiri seakan sudah jatuh cinta dengan bumi bertuah Shah Alam. Kalau ikutkan, memang aku taknak dah tinggalkan tempat ni, tapi tuntutan ditempat sendiri memaksa aku untuk pulang ke kampung halaman.

Disini, aku mengenal apa itu binatang bernama blog. Disini juga aku diajar apa itu tumbuhan bernama forum. Pokok kayu bernama YM, walaupun sebelum ini sudah pun berjinak-jinak dengannya, tapi tidaklah seaktif semenjak berada dibumi Shah Alam ini. Bermula dari hanya kenalan terdekat, kawan-kawan sekelas dan satu kursus pengajian, sehinggalah kepada insan-insan yang tidak pernah aku kenali dan ada diantaranya sampai kehari ini aku tidak pernah lagi bertegur sapa walaupun sudah berapa lama tersenarai di-list YM ku ini.

Kalau dulunya aku boleh dikategorikan sebagai seorang yang penyegan walau dialam maya sekalipun, tapi sekarang makin lantang bersuara diforum-forum yang aku sertai. Bermula dengan seorang ahli biasa yang cukup aktif, sehinggalah diterima menjadi salah seorang moderator umum disebuah laman forum islamik. Alhamdulillah, satu penghormatan yang cukup bermakna yang telah diberikan oleh Iluvislam.com bagiku disertai bersama tanggungjawab dan amanah yang cukup besar untuk aku galasi. Alhamdulillah, sesekali tidak pernah aku menyesali akan kerelaan aku untuk menyumbang serba sedikit kepada forum tersebut, walau kadang kala masa yang aku ada terpaksa diperuntukkan sebahagiannya untuk kerja-kerja diforum, tapi aku puas dengan pengorbanan dan sumbangan yang telah aku lakukan. Ukhuwah yang terbina sesama kami krew dan moderator cukup indah dan cukup erat. Kalau dari dulu aku mengetahui indahnya berukhuwah dan bekerja kerana agama Allah ini, pasti akan aku sertai mereka sejak dulu lagi. Sungguh, keadaan sekeliling dan pengaruh budaya cukup memberikan impak yang besar kepada diriku ini. Dan ini tidak lain tidak bukan, Shah Alamlah yang menjadi saksi segala-galanya perubahan yang aku alami ini.

Dan satu perkara yang memang cukup memberi kesan yang besar pada diriku adalah bila aku mula ber-blogging. Kalau diikutkan aku ini bukanlah tergolong dalam golongan insan-insan yang pandai mengayat dan mengarang sesuatu. Jika dibangku sekolah dulu, matapelajaran penulisanlah antara yang aku paling tidak menggemarinya. Kerana aku bukanlah seorang yang pandai mengarang dengan baik dan mampu menarik minat orang untuk membacanya, dan seringkali karanganku pendek-pendek dan lebih kepada penyataan isi semata tanpa huraian berbunga yang panjang lebar.

Bermula hanya dengan mencuba-cuba setelah terpengaruh dengan tulisan blogger lain, minat untuk turut sama berkongsi membuak-buak dan nyata jalan yang aku pilih ini tepat dan amat sesuai bagi diriku dalam memberikan peringatan dan teguran kepada semua. Alhamdulillah sekarang boleh jugalah untuk aku berbangga dengan hasil yang telah aku perolehi sejak menceburkan diri dalam dunia blogging ini. Jutaan terima kasih buat semua pengunjung terutamanya pengunjung dan pembaca setia yang tidak jemu membaca dan memberikan komen bagi setiap hasil nukilan dan karutan ku selama ini. Nama kalian tetap terpahat dibenak fikiran dan hatiku dan akan aku ingat kalian semua sebagai seorang sahabat dan teman bagiku, insyaAllah buat selamanya. Sungguh, kalianlah pencetus semangat dan aspirasi bagiku untuk terus menulis dan berkongsi sesuatu dialam maya ini.

Ops, tulis panjang-panjang gaya ntah pape ni hape ke hal? Dah nak mati ke? errkk.. InsyaAllah, hari ini merupakan hari terakhir aku menjejakkan kaki dibumi Shah Alam, buat masa ini. Kerana jika mengikut jadualku, insyaAllah esok malam aku akan berangkat pulang ke Terengganu untuk satu tempoh yang belum diketahui lagi. Segala tanggungjawab aku dibumi Shah Alam ini telahpun selesai dan Terengganu memanggilku untuk pulang berbakti kepadanya.

Dan untuk pengetahuan semua, blog ini bakal mula bersawang bermula dari hari ini sehinggalah ke satu tempoh yang tidak diketahui lagi. Jika aku rajin menjejakkan kaki ke CC, insyaAllah akan aku buang segala jenis sawang tersebut. Jika tidak, biarkanlah ia terus bersawang dan membiakkan baka-baka sawang yang berkualiti tinggi. Mana la tahu, boleh dimanfaatkan kelak..hoho

Dah, banyak lagi baju yang aku nak kemaskan ni. Nanti kelam kabut pula nak menyumbat segala macam harta tu dalam kereta. Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang khalifah dimuka bumi Allah ini. Tunaikan segala amanah, hindari segala tegahan, insyaAllah hidup pasti akan dirahmati dan dalam redha Allah sentiasa.

Sementara berkesempatan, ingin aku memohon maaf kepada anda semua jika selama ini terdapat salah silap yang mungkin tidak disengajakan. Kepada sahabat-sahabat moderator dan krew Iluvislam, mohon maaf juga kerana terpaksa meninggalkan tugas disana buat seketika. Bukan sengaja, cuma batasan jaringan internet memaksaku meninggalkan tanggungjawab disana buat seketika. Kalau diikutkan sayang, rela aku terus menetap disini, tapi...uhuk..sob3x..TT_TT

Photobucket

Selamat tinggal dan semoga berjumpa lain disesi karutan yang seterusnya. Bila? Entahlah belalang, bapak pun tak tahu.. Sapa nak teman hantar pakcik balik? Jom.. Nanti pakcik kasik doploh sen sorang ek, wat beli gula-gula susu..^^

Adios..

Assalamualaikum..

* D O A P E R P I S A H A N *
Read rest of entry

Friday, June 5, 2009

Mak, Amad Nak Kahwin

"Mak, Amad nak kahwin"

"Mak, Amad nak kahwin"

"Mak, dengar tak ni? Amad cakap Amad nak kahwin. Amad betul-betul nak kahwin ni"

Ibu tua itu berlalu tanpa sepatah kata. Hanya jelingan dihujung mata yang mampu diberikan. Itupun antara nak tak nak saja. Ibu tua itu pun sudah bosan mendengar rungutan dan permintaan anak terunanya yang seorang itu. Hampir setiap hari, perkataan sama saja yang akan didengarinya. Ia seolah-olah menjadi rutin harian baginya semenjak ketiadaan suaminya kerana terlibat dengan kemalangan yang telah meragut nyawa suami berserta tiga ekor kucing kesayangannya. Kebetulan pada hari kejadian, suaminya nekad ingin membuang kucing tersebut walaupun dibantah keras olehnya. Namun kudratnya tidak mampu lagi menghalang kehendak suaminya, hanya taat dan redha saja dengan keputusan drastik yang telah diambil suaminya itu. Natijahnya, status janda yang disandang sehingga sekarang.

Namun, Amad tidak pernah kenal erti putus asa. Walaupun seringkali dan saban hari permintaannya itu sedikit pun tidak diendahkan ibunya, tapi dalam hatinya nekad juga untuk memujuk ibunya bersetuju dengan permintaannya itu. Hatinya keras, sekeras hati arwah bapanya dulu ketika mengambil keputusan membuang kucing kesayangan isterinya. Bagi Amad, hanya itu jalan terbaik yang mampu dia fikirkan memandangkan cintanya pada Faizah tidak mampu lagi dikekang. Keinginannya untuk memperisterikan Faizah seakan sukar dibendung lagi, lebih-lebih lagi bila melihat kebahagiaan atuknya yang baru saja mendapat isteri muda. Tahap kejelesannya pada atuknya sendiri cukup tinggi, disebabkan itulah hatinya tekad untuk memaksa ibunya bersetuju dengan permintaannya itu.

Setiap kali Amad menyuarakan hasratnya pada ibunya, hanya ucapan sama yang meniti dibibir orang tua itu. "Amad, bukan mak taknak bagi kamu kahwin dengan Faizah tu, mak sukakan Faizah, baik budi perkertinya, pandai menghormati orang tua dan manis juga wajahnya, tapi mak tak mampu untuk membenarkan lagi kamu untuk menikahinya. Mak tak boleh, dan mak tak akan izinkan kamu berkahwin lagi dengannya". "Tapi kenapa mak? Kenapa? Mak, jawab la kenapa?".

Seringkali persoalan itu ditinggalkan sepi tanpa jawapan. Bukan ibunya tidak ingin menjawab, cuma ibunya sengaja hendak memaksa anak terunanya itu berfikir sendiri. Kerana jawapannya telah pun ada pada anak bertuahnya itu.

"Mak, kalau mak tak bagi juga Amad kahwin, Amad nak merajuk dengan mak 3 hari 3 malam. Amad nak mogok lapar, Amad taknak makan, biar Amad lapar, lepas tu Amad mati. Lepas Amad mati, takda dah la orang nak tolong mak pergi kedai, tolong cangkulkan tanah kat belakang rumah, tolong picitkan kepala mak bila mak pening-pening. Amad taknak dah tolong apa-apa lagi, biar mak buat sendiri". Kali ni, Amad seakan tekad, keras suaranya ketika menyuarakan kata-kata ugutannya ini. Ibu tua itu sedikit terkejut, namun tetap memaparkan wajah tenang saat mendengar ugutan itu, setenang wajahnya semalam, dua hari lepas, dah bulan lepas, saat anaknya itu menyuarakan hasrat yang sama.

Namun, jauh disudut hatinya, ibu mana yang tidak kecewa dengan sikap biadap anak sendiri. Tetap juga ia bersedih dengan sikap anaknya itu, lebih-lebih lagi anak tunggal yang dibelai dan disayang setiap masa sedari kecil tanpa rasa penat dan lelah walau sedikit pun. Sedih, kadang ibu tua itu menangis sendiri mengenangkan perbuatan anak terunanya. Bukan sekali, tapi hampir setiap hari telinganya dihujani permintaan yang sama. Tapi tangisnya tiada siapa yang tahu, hanya pokok kayu dan ayam ternakan peninggalan arwah suaminya yang menjadi teman dikala kesunyian dan kesedihannya. Amad? Malas ia nak memikirkan. Setiap kali jumpa, kata-kata sama juga yang diterima, kahwin, kahwin, kahwin. Jika sehari tidak mendengar perkataan itu, pasti ada yang tidak kena pada anaknya. Samada anaknya itu demam ataupun keluar berdating dengan Faizah.

"Abang, jikalau lah pada masa sekarang abang masih mampu berada disisi Imah, pasti abang mengerti perasaan Imah sekarang ini. Betapa sedihnya perasaan Imah pada masa ini mengenangkan anak kita seorang itu. Imah kadang-kadang buntu dalam membuat keputusan, tapi bagi Imah itulah keputusan yang terbaik boleh Imah putuskan demi kebaikan anak kesayangan kita itu. Abang, kembalilah pada Imah, Imah terlalu rindukan abang, Imah seakan tidak mampu lagi untuk meneruskan hidup ini tanpa abang disisi, Imah lemah abang, Imah tidak kuat. Abang...". Tersedu-sedu tangisan ibu tua itu disisi pusara arwah suaminya. Sesekali ia menjeling tajam kearah kuburan 3 ekor kucing disisi pusara. Darahnya menyelinap keseluruh badan, "ah, kerana korang 3 ekorlah suami aku meninggal. Sampai bila-bila aku tidak akan memaafkan korang bertiga, aku benci, benci, benci pada korang...!"



"Amad, ooo Amad, mari makan nak, mak masakkan lauk yang Amad suka ni..", kedengaran lemah lembut suara ibu tua itu memujuk anaknya makan bersama. Selang beberapa minit, Amad muncul. Alhamdulillah, lega hati ibu tua itu melihat panggilannya dipatuhi anak terunanya. Kebiasaanya hanya kecewa yang terpaksa ditanggung ibu tua itu, tapi kali ini tidak.

"Duduk Amad, mari mak tuangkan lauk untuk Amad ya". Amad hanya diam membisu, dibiarkan saja ibunya itu membuat segala-galanya. "Amad, makanlah, kenapa ditenung saja nasi tu, sejuk nanti tak sedap pula nak makan". Amad terus diam membisu, sesekali nasi disuapkan kemulut tapi seolah-olah hanya dipaksa-paksa.

"Amad ada masalah ke?", cepat ibu tua itu dapat membaca air muka anak yang dikandung lebih 9 bulan itu "A'ah mak..". "Masalah dengan Faizah?", pantas soalan itu terpacul dimulut. Lama Amad termenung seolah-olah memikirkan bait jawapan yang terbaik untuk diberikan kepada ibunya itu. Sesekali nasi disuap kemulut. Ibu tua itu masih sabar menanti jawapan dari anaknya.

"Sebenarnya mak.. Petang tadi Amad ada jumpa Faizah. Lepas tu.. Ermm..". Tersekat-sekat ucapannya, seperti ada rahsia besar yang ingin dikongsikan. "Sebenarnya petang tadi Faizah cakap dia taknak kahwin dengan Amad lagi". "Laa, ye ke ni Amad? Tapi kenapa sayang?", bersungguh ibu tua itu bertanya. Hatinya sedikit geli melihat telatah anaknya ini, tapi tetap ia bersabar melayan semampunya.

"Faizah cakap, Amad kena tanya mak, sebab jawapannya ada pada mak. Amad dah desak dia cakap kenapa, tapi dia tetap taknak bagitahu kat Amad. Mak ada jawapannya ke? Faizah ada cakap kat mak?". Ibu tua itu tersenyum, dalam hatinya memuji tindakan Faizah, gadis sunti yang digilai anak terunya ini. Alhamdulillah, Faizah sudah mula sedar, hanya anak terunanya ini yang masih bebal tidak mahu faham-faham.

"Amad.. Mak selama ini bukannya sengaja tidak mahu membenarkan Amad kahwin dengan Faizah. Dan juga bukan sengaja taknak bagitahu sebab kenapa mak tidak membenarkan korang berdua kahwin. Hati ibu mana yang sanggup melihat anaknya beduka setiap masa. Ibu mana yang sanggup menolak permintaan anaknya. Ibu mana yang sanggup membiarkan anaknya terus dihimpit kesusahan dan kegelisahan. Tapi mak buat semua ini demi kebaikan Amad dan Faizah juga. Mak taknak Amad dan Faizah susah dikemudian hari".

"Amad dengar baik-baik apa yang mak nak cakap ni. Setelah sekian lama mak pendamkan jawapan ini dengan harapan suatu hari nanti Amad faham sendiri jawapannya apa, tapi harini rasanya adalah hari yang terbaik untuk mak luahkan segala-galanya untuk Amad faham." Panjang lebar mukaddimah dari ibunya, namun Amad tetap setia menunggu bait-bait ayat seterusnya.

"Amad, Amad sedar tak yang Amad tu baru darjah empat? Amad sedar tak yang Amad punya burung pun belum kena potong? Amad sedar tak yang Amad ni masih lagi kanak-kanak yang tak cukup kasih sayang? Amad kecil lagi, kecil, kecil, dan kecil lagi. Amad ingat kahwin ni macam main kahwin-kahwin dengan main masak-masak yang saban petang Amad duk main depan rumah dengan Faizah tu ke? Ha Amad? Amad sedar tak sekarang?".

Terkebil-kebil mata Amad mendengar kata-kata dari ibunnya itu. Barulah dia sedar, rupa-rupanya dia masih didarjah empat. Faizah tu pun satu kelas dengannya. "Hahahaha...", Amad tiba-tiba gelak sendiri. Turut sama disertai ibunya, gelak guling-guling selama lebih kurang tiga jam dan empat puluh lima minit. Haish, Amad...Amad..

Ngahahaha... Sekian hasil nukilan a.k.a karutan dari incik Lisam.. Adios~

* S E D A R D I R I *
Read rest of entry

Thursday, June 4, 2009

Dikala Tag Datang Menjengah

Lama dah rasanya cik Joan aka Seekerz kasik benda alah ni. Tapi disebabkan dah lama mengurangkan aktiviti berkunjung dan menceroboh sambil membuat kacau dibelog-belog sahabat dek kerana kesibukan sendiri, maka ter-delay la dalam usaha menjawab dan sama-sama bermain benda ni. Lagipun malam ni niat nak menulis membuak-buak, tapi eloknya aku post-kan dulu benda ni. Sebenarnya masih ada satu lagi tag terbaru dari saudari Aisya berbaki yang belum aku jawab, tapi nanti la bila ada masa aku selesaikan yang lagi satu tu. Sekarang ni layan yang ni la dulu. Itu pun kalau rajin la engkorang semua nak melayannya. Kalau taknak, nah amik duit doploh sen ni, pergi main jauh-jauh..shooh..shooh..

Teringat thread kat ili pasal 10 jenis orang yang main friendster. Ngaa.. memang terkena la kalau duk buat benda ni. Tapi aku pedulik hape, lantak aku la..hahaha

Lets begin..
Name : Lisam
Sisters : 104
Brothers : 35 
Shoe size : 215 
Height : Sejuta nam
where do you live : Beside you

Have you ever..
Been on a plane : plane always been on me
Swam in the ocean :  nak mati?
Fallen asleep at school :  nop..then once again i'm lying
Broken someone's heart : always..sukatikakiku r
Fell off your chair :  nop..
then again i'm lying too
Sat by the phone all night waiting for someone to call:  menunggu orang 3P tepon tuk pegi jawab exam
Saved e-mails : i loved to delete my emails

What is your room like :
must have : cam reban kambing
others: sengal
What's right beside you : malaikat
What is the last thing you ate : telinga hosmet
Ever had..
Chicken pox : ye
Sore throat : sure..
Stitches :  malas nak pikir pe kebende nih
Broken nose :  dah repair

Do you..
Believe in love at first sight : i believe in love with many-many-many-many sight
Like picnics : buang masa

Who was/were the last person ...
You danced with : maradona
Made you smile :  kerbau Pak Mat
You last yelled at :  diri sendiri
Talk to someone you like : cakap ngan  botol kicap lagi best
Kissed anyone :  anak buah
Get sick :  wooaarrghhh
Talk to an ex : someone's ex
Miss someone :  myself
Who do you really hate:  nope

Aaaa...ada lagi soalan-soalannya, terlalu banyak dan memeningkan kepala lutut dan saraf-saraf otakku. Dan melihatkan jam sekarang dah kul 3.20 pagi, jadi mitak izin untuk skip je soalan-soalan selebihnya. Kalau aku jawab pun, pasti mengarut ntah pape je. Membuang masa dan tenaga korang je membacanya. Nanti kat akhirat, aku juga korang persalahkan bila ditanya kemana usia mudamu dihabiskan? Aku pok la pale korang nanti kalau jawab buang masa masuk belog aku ni..ngeee~


Chow chin chau chow kit road..

* M I S I N G *
Read rest of entry

Friday, May 29, 2009

Memilih Dan Terpilih

"Saya rasa Allah dah pilih awak untuk menjadi pasangan hidup saya. Saya dah buat istikharah, saya dah minta petunjuk dari Allah. Alhamdulillah, pada awalnya saya rasakan ianya cuma mainan nafsu jahat semata, tapi kini saya seolah mendapat keyakinan dari Allah. Ya, saya yakin, cukup yakin yang awaklah insan yang sudah ditetapkan untuk menjadi pasangan hidup saya, tulang belakang saya, dan imam bagi solat dan kehidupan saya kelak."

Gedebuk!! Seorang jejaka terjatuh dari kerusinya. Air liur meleleh-leleh disertai buih putih membasahi sehingga ke kolar bajunya. Matanya berpinar-pinar membayangkan bait ayat yang bacanya sebentar tadi. Terkejut? Tersentak? Aku pun sama, terkejut dan turut sama-sama merasai kesentakkannya.

Bayangkan, jika suatu hari nanti, secara tiba-tiba seorang insan yang kita sendiri tidak kenali, tidak terlintas sekalipun didalam fikiran kita untuk bertemu dan mengenali insan tersebut, tetapi satu hari ia datang dengan membawa bersama satu imej dan peribadi yang cukup indah, cukup menawan dan cukup sempurna dimata kita. Jika dikira, dihitung dan ditolak bahagi, peribadi dan penampilan yang dibawanya memenuhi secara keseluruhan kriteria dan ciri yang selama ini kita idam-idamkan untuk menjadi teman hidup yang halal lagi sah bagi kita. Cair bukan?

Ya, dalam hidup ini, tanyalah pada siapa sekalipun, aku percaya semuanya inginkan dan berangankan untuk mendapat seorang pasangan hidup yang baik dan beriman. Lebih-lebih lagi jika diri kita sendiri pun boleh la dianggap dalam kategori orang yang sedar pasal agama, lagi la akan mendambakan seorang insan dikalangan baik-baik dalam semua kategori, terutamanya dalam bab pegangan agama dan penampilan diri, yakni cara berpakaian dan pergaulan seharian. Semuanya kita mahukan yang baik-baik, dan tiada pun yang inginkan pasangannya lebih teruk dari dirinya sendiri.

Tapi kadang-kadang kita selalu tidak mendapatkan seperti yang kita angankan. Standard yang kita letakkan cukup tinggi, semuanya dimahukan sempurna, kerana dengan sikap perasan kita yang merasakan diri sudah teralu bagus, maka berhak mendapatkan yang paling bagus, tetapi Allah memberikan kita insan yang sedikit rendah dari standard yang telah kita tetapkan. Jadi bagaimana penerimaan kita dengan pemberian dan ketetapan Allah itu? Bagi yang betul-betul beriman, insyaAllah redha melebihi dari segala-galanya. Bagi yang berimannya hanya pada luaran semata, bagaimana pula? Penyesalan dan penyalahan takdir bakal dia lakukan. Pasangan direndah-rendahkan, dan dirinya dianggap terlalu suci dan tidak layak untuk didekati pasangannya.
cinta
Bagaimana pula dengan kes sebaliknya?

Memandangkan dirinya yang punya banyak kelemahan, kekurangan dan keburukan, memaksa dirinya untuk meletakkan standard yang sama ataupun mungkin lebih sedikit cuma dari dirinya. Sekadar berserah bulat-bulat pada ketentuan Allah untuk menentukan pasangan hidupnya. Tapi ditakdirkan Allah, dia mendapat pasangan yang jauh sangat lebih baik dan beriman dari dirinya sendiri. Mungkin bagi seorang wanita, ini merupakan rahmat dan anugerah yang cukup berharga buat dirinya, kerana wanita sendiri itu telah pun dianugerahkan dengan sifat suka dipimpin berbanding memimpin. Lalu diterima pinangan dan majlis dilangsungkan dengan gembiranya.

Tapi jika hal sama terjadi kepada seorang lelaki, aku tidak merasakan ianya satu perkara yang boleh mengembirakan dirinya, mungkin bukan semuanya. Kerana sikap seorang lelaki itu cukup jauh dalam penilaian dan pandangannya. Risiko dan kesan didahului dari segalanya berbanding kenikmatan dan keseronokkan yang bakal diperolehi. Memikirkan soal tanggungjawab sebagai seorang iman untuk memimpin zaujahnya, agak sukar untuk dirinya menerima seorang wanita yang mempunyai tahap keimanan yang terlalu tinggi berbanding dirinya. Ia seolah meletakkan diri sendiri diatas satu tempat yang begitu rendah dihadapan zaujahnya sendiri. Dan inilah hikmah Islam menyatakan berkenaan sekufu dalam perkahwinan, yakni mencari pasangan dari kalangan yang sama taraf dan kedudukan dalam segala segi. Ini bagi mengelakkan masalah yang bakal timbul dimasa akan datang dan seterusnya bakal memporak perandakan sesebuah institusi kekeluargaan.

Melihat kepada kedua-dua senario diatas, jelaslah menunjukkan soal membuat pilihan yang tepat dalam menentukan pasangan hidup amatlah penting. Senario satu menunjukkan insan yang memilih pasangan yang baik mengikut keinginannya sendiri, tetapi dalam senario kedua menunjukkan dirinya terpilih untuk mendapatkan pasangan yang jauh lebih baik dari dirinya sendiri.

Bagaimana dengan diri kita? Adakah kita kelak tergolong dalam kategori yang memilih ataupun yang terpilih? Ataupun mungkin dalam kehidupan sekarang, bagi yang sudah mempunyai pasangan hidupnya sendiri, tidak kiralah secara yang sudah halal ataupun belum lagi dihalalkan, adakah kita memilih untuk medapatkan pasangan yang seperti pasangan kita itu, ataupun kita terpilih untuk mendapat sidia?

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah kita akan memilih pasangan mengikut kehendak sendiri, atau kita berdoa agar menjadi antara golongan yang terpilih untuk mendapatkan pasangan yang baik-baik dan soleh solehah melebihi diri kita sendiri. Bagi sesetengah diantara kita yang sudahpun mendapat seorang insan yang baik, peganglah ia sebaiknya. Dan bagi yang dalam usaha mendapatkan pasangan, ukurlah baju dibadan sendiri. Lihatlah kebaikan dan keburukan yang ada dalam diri kita. Janganlah meletakkan ciri yang terlalu tinggi dalam soal memilih pasangan hidup. Sebaliknya jika diletakkan pada tahap yang lebih rendah sekalipun, jika diizinkan Allah kelak kita akan mendapat pasangan yang sedikit lebih baik dari standard yang kita tetapkan itu, insyaAllah kita akan lebih menghargai dan menerima pasangan kita itu dengan lebih baik dan penuh keredhaan pada Allah.

Ya Allah, bantu aku dalam membuat pilihan agar pilihan yang aku lakukan kelak tidak dipengaruhi nafsu buas dan hasutan syaitan. Sesungguhnya kepada Engkaulah aku berserah segala urusan dan ketentuan, dan kepada Engkaulah jua aku memohon rahmat dan keberkatan dalam aku meneruskan kehidupanku dibumi-Mu ini ya Allah..

* A K A N D I P I L I H *
Read rest of entry

Monday, May 25, 2009

Iluvislam, Karangkraf, Kelas & 'Online Meeting'

23 Mei.. Keheningan dan kedamaian pagi membangunkan seorang insan dari lena tidurnya. Lemah longlai gerak langkahnya mencapai sehelai tuala dan terus berlalu ke bilik air. Ops, cerita sebenarnya insan tersebut meng'on'kan laptopnya terlebih dahulu. Sebelum berlalu ke bilik air untuk menikmati kedinginan siraman air dipagi hari. Kebiasaanya, hari-hari minggu seperti ini hanya akan dihabiskan dengan tidur sepuasnya saja setelah selesai bersolat subuh jika tidak ada aktiviti dalam jadualnya pada hari tersebut. Tapi pagi ini ada misi yang perlu beliau laksanakan. Ada pengisian dalam slot jadualnya yang perlu beliau hadirkan diri. Walau berat, penat, malas dan mengantuk, tapi tetap jua digagahi. Demi satu misi, misi menakluki dunia dari puak-puak alien yang durjana..muahahaha

Seawal jam 9 pagi (awal ke?ngeee), enjin motornya dihidupkan. Sesaat, dua saat, tiga saat, terus gear pertama dimasukkan. Cukuplah tiga saat cuma untuk sesi memanaskan enjin, memang begitu sikapnya sejak dulu lagi. Jadi, biarkan saja, jangan dipersoal. Lagipun beliau sudah agak lewat ke tempat yang perlu dituju pagi itu. Sepatutnya jam 9 sudah berada di sana, tapi seperti biasa, jam 9 baru nak mulakan perjalanan. Nasib baik tidak jam 9 baru nak mulakan sesi menggosok gigi. Bukan disengaja lewat, cuma pagi tersebut terpaksa berperang dengan line internet yang lembab dan masalah laptop sendiri untuk meng'attach' file ke emel untuk dihantar ke seorang sahabat.

Motor terus dipecut laju. Memotong sana, mencilok sini. Sesekali berhenti kerana tarffic light menyalakan lampu merahnya. Ah, potong stim tol lampu tiga warna ni. Nasib aku pakai motor kapcai cap ayam je, kalau la aku pakai keretapi memang akan aku langgar dah kamu sekalian wahai kaum kerabat lampu tiga warna. Dengan nenek-nenek belah ibu tiri kamu sekali aku balun. Baru padan muka..ngahaha.. Getus hati kecilnya, disambut senyum dan tawa kambing yang sengaja dibuat-buat. Buruk benar..

Karangkraf. Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju. Tangan diangkat sebaik motor cantik diparkir, menunjukkan gaya mahu melihat jam. Tapi baru dia tersedar, rupanya jamnya ada dirumah. Dah malu sendiri, nasib tiada yang melihat. Seterusnya telefon bimbitnya diambil dari poket seluar. Terdapat dua miskol dari seorang krew iluvislam. Mahu memberitahu kebelumsampaiannya agaknya, ataupun tersesat jalan mencari kompleks karangkraf. Memikirkan kredit telefon yang sudah hampir mencecah tahap nazak akibat sikap kedekutnya untuk menopup, ditaip saja mesej balas kepada krew berkenaan. Mentang-mentang dah dapat tempoh kredit sehingga umur 25 tahun, selalu dijadikan alasan untuk tidak mahu menopup.

Hohohoho~

Penat seyh menulis dengan gaya ntah pape je tu..haih ~_~

Alhamdulillah. Cuti hujung minggu yang lepas sekali lagi aku berkesempatan untuk menyertai satu aktiviti anjuran Iluvislam.com buat ke-3 kalinya bagi diriku. Syukur kerana Allah memberikan kesempatan dan kemudahan untuk aku menyertai hampir kesemua aktiviti-aktiviti yang dianjurkan. Kebanyakkannya lebih kepada aktiviti mempromosi dan memasarkan iluvislam sendiri disamping mengadakan gathering bagi mengeratkan ukhwah sesama ahli krew yang bekerja untuk iluvislam.com selama ni.

Untuk aktiviti kali ini, jika ingin membaca kisah, perjalanan, pengisian dan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut berlangsung, boleh berkunjung ke ruangan artikel di iluvislam sendiri. Aku nak mengomen dan merumuskan aktiviti yang berlangsung pun tidaklah pakar sangat, kerana kebanyakan isi telah pun dicuri dan diceritakan oleh presiden dan ahli krew iluvislam yang lainnya kerana kelambatan diri sendiri untuk menaipnya terlebih dahulu. Alasan taknak sakitkan otak fikir ayat panjang-panjang..muahaha

Aktiviti tamat lebih kurang dalam jam 2 petang. Dan kelas 3P aku akan bermula pada jam 2.20 petang nanti. Selesai saja bergambar bersama ahli yang hadir, terus aku merempit ke kelas. Kalau ikutkan kepenatan yang ada, memang niat dihati tak mahu pergi dah, tapi memikirkan sesi pagi pun aku dah ponteng tanpa memberitahu sebab musabab kepada trainer, jadi terpaksa jugalah aku gagahkan diri memulas pedal dan menekan gear motor ke kelas. Sampai kat fakulti, terus ke surau, selesaikan solat zohor dan terus masuk kelas. Dan seperti biasa, kelas dah pun bermula. Tapi nasib baik la aku dapat trainer (seorang amoi) yang baik hati. Walau kadang-kadang ada je pelajarnya yang lewat ke kelas, tidak pula dia pernah mempersoalkan, jika dibandingkan dengan trainer kawan-kawan aku yang lain. Memang agak strict dengan masa.

Badan penat, mata pun dah layu. Tapi tetap juga gagahkan diri tunggu sehingga tamat kelas. Dalam kepala dah terbayang-bayang aktiviti yang sedang menanti untuk sesi malam nanti. Aku sendiri pun tak berapa pasti apa yang aku belajar petang tu. Sekadar dengar dan tulis saja sikit-sikit apa yang aku sempat tangkap. Selebihnya lebih kepada melayan perasaan sendiri. Fikirkan zaujah dan anak-anak yang menunggu kat rumah, apa la agaknya yang dorang duk buat kat rumah tu. Entah rindu ke tidak kat aku disini. Dorang tak tahu yang aku ni memang rindu bangat sama dorang semua..ngehehe..

Malamnya, alhamdulillah berpeluang untuk sama-sama menyertai 'online meeting' pertama bersama krew moderator umum dan moderator agama iluvislam menggunakan medium Skype. Walaupun pada awalnya mengikut jadual, meeting sepatutnya bermula jam 9 malam, tetapi terpaksa dimulakan agak lewat kerana masalah teknikal pada medium Skype itu sendiri. Process men'setting' conference group nampak begitu merumitkan pada awalnya kerana ada antara ahli mesyuarat yang tidak dapat meng'akses' ke room yang sepatutnya dan ada yang tersilap masuk ke room lain. Ditambah pula dengan kesengalan line internet yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah ahli, termasuk aku sendiri yang membuatkan kadang-kadang lost connection dan mengambil masa yang agak lama untuk dapat meng'akses' kembali ke room.

Natijahnya, ada antara perbincangan yang tidak sempat untuk aku ikuti dan turut sama memberikan pandangan. Termasuklah ketua moderator umum selaku pengerusi sendiri yang hanya mampu mengikuti pada awal sesi mesyuarat saja, lepas tu terus hilang ditelan kesengalan internet dan line Skype beliau.

Mesyuarat yang pada awalnya dibuka dengan cukup baik, dengan bacaan doa dan sedikit tazkirah dari Ustaz Raimi selaku Dr Cinta di forum ilivislam.com tidak dapat ditutup sebaik pembukaannya. Ini kerana pada akhir-akhir mesyuarat, secara tiba-tiba semua line Skype hilang dan tidak lagi boleh bercakap seperti biasa. Hanya boleh menulis seperti conference YM.

Secara keseluruhannya, mesyuarat pada malam itu memberikan satu pengalaman yang baru buat diri aku kerana pada hakikinya, jika sebelum ini kebanyakan mesyuarat dialam realiti yang aku hadiri, aku tidaklah seberani dan selantang ketika mesyuarat pada kali ini, lebih banyak berdiam dan mencatat sahaja isi mesyuarat yang dibincangkan. Tapi kali ini alhamdulillah, perasaan untuk turut sama berkongsi pendapat dan melontarkan pandangan membuak-buak, sehinggakan adakalanya terpaksa me'request' untuk bercakap, dan sesekali terpaksa dipotong oleh ahli lain kerana terlalu lama bercakap. Mungkin juga kerana aku bercakap yang tiada isi, orang bosan mendengar, maka tanpa segan silu memotong line aku..haha

Alhamdulillah, satu hari yang padat dengan aktiviti yang cukup bermanfaat. Walaupun badan penat, tapi kerana semangat dan keikhlasan yang hadir dalam diri sesekali menghilangkan kepenatan yang sedang ditanggung badan. InsyaAllah semoga ini bukanlah hari terakhir untuk aku merasai kepenatan dalam keseronokan seperti hari ini. Aku ingin terus bergerak, bergerak sederas air terjun yang tinggi, tidak pernah mengenal erti penat lelah dan bosan. Sebaliknya, aku tidak mahu menjadi seperti air yang tenang dan tidak mengalir, kerana seseorang yang diam dan tidak bergerak itu, bakal dibunuh oleh kelapangan masa yang dimilikinya.

Jadi, bergeraklah dan isilah masa lapangmu seboleh yang kamu mampu dengan perkara-perkara yang berfaedah dan boleh memberikan manfaat buat dirimu. Biar kamu penat didunia, biar masa berseronok dan rehatmu tidak cukup untuk kamu nikmati, asalkan akhirat kelak menjadi tempat istirehat dan keseronokan yang yang abadi buat dirimu. InsyaAllah... Jom bizikan diri..^^,

* P E D U L I *
Read rest of entry

Tuesday, May 19, 2009

Mencari Pasal Di Booth Iluvislam.com

Jeng3.. Cuba teka, apakah yang telah incik lisam buat semalam sehinggakan dirinya kepenatan lalu menyebabkan kemengantukan yang teramat sangat, lalu dirinya tersengguk-sengguk dikala berada didalam kelas *3P sepanjang hari tadi? Mujurlah nasibnya baik, walaupun berada dibarisan kedua dari depan, tapi instructornya tidaklah menegurnya dan memalukannya didepan kawan-kawan yang lain..ekeke

Semalam (17 Mei 2009), buat kedua kalinya diberikan peluang dan keizinan oleh Allah swt untuk aku sama-sama bersama dengan krew Iluvislam.com sempena dengan karnival kerjaya dan keusahawanan yang diadakan di Dewan Tun Razak, PWTC, Kuala Lumpur. Alhamdulillah, kalau dulu (semasa Book Fair di tempat sama), Iluvislam hanyalah menumpang di booth Nufair Street, itupun menumpang barang jualan saja, tidaklah mendapat keseluruhan booth itu untuk dikonker oleh kami puak-puak krew, tapi kali ini rezeki menyebelahi kami kerana dengan bantuan dan sponsor dari Al-Ansar Group, kami berjaya mendapatkan booth sendiri.

Pada awalnya, plan asal nak pergi pada hari kedua karnival, iaitu sehari sebelumnya. Tapi keadaan tak mengizinkan dimana tak sempat nak keluar dari Shah Alam pun, hujan turun mencurah-curah. Terus batalkan niat, patah balik ke rumah sewa. Baju pun dah basah, jadi tak ada gunanya juga aku nak pergi. Terus pasang niat, insyaAllah tengahari keesokkannya nak usaha juga sampai ke sana.

Alhamdulillah, walaupun dah bangun awal keesokkan harinya, tapi terpaksa juga gerak agak lewat, kerana masalah sendiri yang cipta. Merempitlah aku ditengah panas yang terik tengahari tersebut. Nak dijadikan cerita, motor ni memang aku dah tahu ada masalah dengan bahagian tayar belakang. Sedang syok-syok merempit, sampai satu selekoh motor jadi hilang kawalan, tayar belakang dah huyung-hayang. Cuba brek, tapi motor tetap jalan gak. Dah gelabah semacam, tapi cuba juga tenangkan diri, kawal handle motor sebaiknya supaya aku tak jatuh. Dalam kepala memang dah bermain bayangan akan tergolek cium jalan je hari tu, tapi alhamdulillah, motor aku hanya bergensel dengan penghadang jalan, menyebabkan kaki aku turut sama tergengsel, dan meninggal kesan pada seluar. Kaki aku pula, free free saja dapat beberapa sticker disebabkan genselan tersebut.

up_view
Pemandangan dari tingkat 2 sebahagian dari booth yang mengambil bahagian.. Skodeng time..hehe

Sampai kat PWTC, macam biasa akan daftar dan upload resume. Konon-kononnya nak mencari kerja la. Tapi niat kat hati memang tiada perancangan sangat pun nak cuba cari kerja kat sana, cuma sekadar pasang niat nak pergi melawat booth Iluvislam je, sambil-sambil jumpa dengan krew yang ada. Al-maklumlah, selama ni hanya dialam maya cuma, sekarang ni la nak tengok macam mana rupa mereka-mereka yang sama-sama bekerja disebalik iluvislam itu sendiri. Dengan harapan, ada la muka-muka baru yang tak pernah jumpa lagi masa gathering book fair dulu.

Masuk saja kat dewan tu, dah pening-pening. Dengan manusia yang macam semut hitam menghurung sisa-sisa aiskrim, booth yang memang tak cukup jari kaki dengan tangan nak kira, otak dah ligat berfikir macam mana nak cari booth iluvislam dalam keadaan yang macam ni. Tempatnya cukup luas, kalau nak round satu-satu booth, memang makan masa yang lama. Tapi tak apa, cuba dulu cari setakat yang termampu. Dah agak lama berlegar-legar macam pencacar takda arah, akhirnya telefon Imran, presiden iluvislam, nak tanya booth ada kat mana. Tapi tak berjawab. Alternatif lain, mesej salah seorang krew yang dah pergi sehari sebelumnya. Katanya booth ada kat tingkat 2, bukannya kat tempat yang aku duk cari tu. Patut la, sampai maghrib lusa pun tak akan jumpa kalau macam ni. Dah gelak sorang-sorang masa mesej dengan sahabat tu. Lepas tu imran telefon balik, cakap dia ada meeting kat luar. Maknanya tak dapat la nak jumpa dia lagi hari tu.

ehsan
Ehsan, memberikan penerangan kepada salah seorang pengunjung booth Iluvislam..

Alhamdulillah, akhirnya selamat juga sampai kat booth iluvislam lepas dah separuh tenaga duk mencari kat tingkat bawah. Sampai sana, tengok-tengok ada 2 muka yang memang aku dah pernah tengok sebelum ni, Masyitah dan Rosniza. Hah, budak 2 orang ni lagi, nak je aku pok pale dorang ni..haha.. Dan seorang lagi,Ehsan, PA presiden iluvislam. Termasuk aku, maknanya hanya 4 orang krew yang hadir pada hari tu. Sampai la ke petang, hanya kami berempat saja yang mencari pasal di booth berkenaan. Cuma dalam jam 4 petang baru la Ustaz Handphone (wewr) iluvislam sampai. Itu pun cuma sekejap sempat duduk berborak dengan beliau. Katanya nak pergi melawat kat booth lain pula.

masyitah
Masyitah, mendengar pertanyaan dari pengunjung yang berminat dengan Iluvislam. Tapi jelas kelihatan, Masyitah kebingunan dan ke'blur'an, memikirkan jawapan yang sesuai untuk diberikan. Hanya mampu melihat dan merenung mata jejaka didepannya. Berkenan agaknya..

Kerja bila kat booth tu, macam biasalah akan mempromot iluvislam kepada sesiapa saja yang lalu didepan booth kami dengan mengedarkan brochure iluvislam dengan senyuman kambing tahap ke-3, disamping memberikan penerangan jika mereka ada bertanya apa-apa soalan. Aku ni bukannya jenis pandai sangat nak memberi penerangan, lebih-lebih lagi bila bertanyakan berkenaan al-Ansar Group. Memang penerangan yang ntah papa jela aku berikan. Tapi dorang semua angguk jela, bukan dorang tahu pun aku tak tahu macam diorang..muahaha..

Biasanya aku akan pass kat mana-mana anak dara 2 orang yang ada tu. Kebetulan Rosniza memang ambil kos perniagaan, jadi bab promot mempromot ni serah jela kat dia. Kompem terpegun punya orang mendengarnya, dengan semangat yang membaranya, nasib la yang kena tahan telinga diorang berdua tu bagi penerangan. Aku? Part penerangan pasal iluvislam boleh la kau berikan. Apa itu iluvislam, macam mana nak daftar dan bagaimana nak mula berforum tu boleh la aku tunjuk sikit-sikit kat diorang.

rosniza
Seorang pengunjung berpangkat makcik begitu ghairah dan berminat mendengar penerangan dari Rosniza berkenaan laman forum Iluvislam, dan Rosniza cuba mencucuk jarum agar makcik itu mendaftar sebagai ahli supaya dapat membaca artikel keluaran beliau..

Dan sempat juga aku menjawab persoalan dari seorang pakcik yang lagak seperti seorang ustaz yang mempersoalkan berkenaan ayat yang digunakan pada brochure iluvislam, iaitu "Do You Love Islam?". Kerana dia bimbang ada yang mempermainkan persoalan yang ditulis di brochure itu sehinggakan boleh menyebabkan jatuh fasik. Aku sempat juga menjawab balik persoalan dia tu beberapa kerat, tapi memandangkan lagaknya bagai seorang ustaz dan aku cuma ustaz celup yang tidak diiktiraf pun, aku hanya senyum dan mengangguk saja yang dikatanya.

brochure
Antara brochure Iluvislam yang diberikan percuma, namun masih ada yang tidak sudi mengambilnya..sob3x..

Apa yang membuatkan aku rasa terpegun dan bangga la juga, apabila ada antara yang datang dan memberikan reaksi yang mereka memang kenal iluvislam tu apa. Ada tu, sampai terkejut bila nampak booth iluvislam, tak sangka agaknya dapat jumpa iluvislam secara live kat depan mata diorang. Yang aku nak highlightkan disini sebenarnya, iluvislam telah berjaya memperkenalkan produknya di masyarakat luar sana. Perkataan iluvislam itu sendiri semacam sudah tidak asing, gah seperti nama-nama besar lain. Bila nampak logo iluvislam saja, orang dah tak kekok melihat dan mendengarnya. Kerana rata-rata yang datang pun menyatakan mereka pernah mendengar dan melihat iluvislam sebelum ni. Alhamdulillah, mr presiden berjaya dalam visi dan misinya untuk memperkenalkan iluvislam kepada masyarakat umum, khususnya di Malaysia dan dunia amnya.

Dalam jam 6 petang, bertolak ke Bangi kerana ada urusan di rumah kakak. Cadangnya nak pulang malam nanti ke Shah Alam, kerana keesokkannya aku ade kelas 3P, tapi terpaksa menumpang tidur disana kerana hujan yang tidak henti-henti sehinggalah ke lewat malam. Ditambah dengan penat dan mengantuk, akhirnya ambil keputusan untuk balik lepas subuh pagi esoknya saja. Dan disebabkan itulah, harini badan terasa amatlah penat dan mata memang tak dapat nak dibendung lagi dari terus terhangguk-hangguk didalam kelas.

together
Antara krew yang menyemak di booth Iluvislam pada hari berkenaan. Kelihatan unknown user disana, tidak dapat dikenal pasti kenapa dan bagaimana ia boleh mencelah di dalam gambar ini.. Mencari prublisiti murahan agaknya.. Dasar tak laku~

Secara keseluruhan, alhamdulillah seronok berada dan bekerja untuk iluvislam. Ukhuwah yang terbina dikalangan kami aku dapat rasakan amat kuat, walaupun selama ini hanya berurusan di forum, tidak pernah bersua muka kecuali tulisan dan avatar sahaja, tapi ternyata keakraban itu tetap dapat dirasai juga bila dialam realiti. Tidak rugi dan tidak terasa penat lelah bekerja bila hati ikhlas tertaut kerana Allah swt. InsyaAllah, semoga kami terus kuat dan tetap dalam perjuangan kami untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi ini.

* 3P - Program Pentauliahan Professional

* T E T A P D I S I S I *
Read rest of entry

Sunday, May 17, 2009

Seorang Ibu & Guru

"Pakcik, semalam hari guru, sebelum tu hari ibu, tak ada apa-apa yang nak ditulis ke pasal dua hari yang penting tu? Pakcik ni takda ibu ke? Cikgu pula semua dah meninggal ke? Err.. Sukati je nak kata macam tu ye. Aku cili kan mulut tu baru tau"

Hehe..tapi betul la kan. Kalau disingkap kembali kisah silam (ceewah..silam la sangat), tahun lepas pun takda rasanya entry pasal kedua hari ni. Jadi adakah aku ini tergolong dalam kalangan insan-insan yang tidak menghargai kehadiran kedua insan ini? Kalau betul la macam tu, alangkah sedihnya diri ini..sob3x..

Kat dalam dunia ni, jika ditanya siapa yang tiada ibu? Semua orang ada, kecuali nabi Adam as dan Hawa saja yang Allah ciptakan bukannya melalui perantaraan rahim ibu. Aku, kau, kamu, diorang, makcik, pakngah, jiran, pak mat tempe, ketua kampung sebelah, malah seorang ibu pun mempunyai ibunya sendiri. 

Jadi apa significant nya hari ibu ini disambut? Kenapa kita perlu mempunyai hari untuk memperingati insan bernama ibu? Lebih baik diwujudkan hari memperingati diri sendiri sebagai tanda kewujudan kita didunia ni. Kan..kan..kan? Jawapannya senang, kerana dia adalah seorang ibu, bukan bapa mahupun anak, jika tidak hari ini tidak akan diberikan nama hari ibu. Betul tak? kui3..

Pentingnya seorang ibu itu pada seorang insan bergelar anak cukup besar. Jika di ambil analogi sebuah bangunan, ibu itu ibarat tapak yang terbenam dibawah struktur bangunan, kukuh mencengkam tanah, sanggup dirinya dimakan anai dan tanah hitam, tapi atas kesanggupan dan keikhlasannya untuk melihat bangunan itu hari demi hari naik sedikit demi sedikit, demi mengharapkan bangunan itu tetap stabil untuk naik lebih tinggi, ia sanggup dirinya dipijak, ia sanggup dirinya terkorban, atas kapasiti untuk melihat sebuah bangunan itu tegak berdiri. Tak lapuk dek hujan, dan tak lekang dek panas.

Begitulah perumpamaan seorang ibu. Pengorbanannya untuk membesarkan anak, sejak dari hari pertama ia masuk ke dalam rahim ibu, ia telah pun dijaga rapi, dibelai dan dimanja setiap masa, demi memastikan janin didalam perutnya dapat membesar dengan sesempurna yang mungkin. Bila dah sampai masa untuknya keluar, si ibu terpaksa bertarung dengan nyawanya sendiri. Kesukaran, kesakitan dan juga kepenatan untuk melahirkan seorang insan yang bergelar anak, tidak mungkin akan dapat bayangkan saja tanpa merasanya sendiri.

Setelah selamat keluar, anak itu dididik, disuapkan makanan, diusapnya kepala anak saban hari, diajarnya si anak itu merangkak, berdiri, bertatih dan seterusnya berjalan sehinggalah mampu berlari. Dengan penuh kesabaran setiap hari ibu melayan kerenah si anak ini tanpa rasa penat mahupun mengharap apa-apa balasan dari sesiapa pun. 

Jika nak ceritakan keseluruhan pergerakan peringkat pengorbanan seorang ibu, memanglah tidak mampu untuk aku tulis kesemuanya. Sebab terlalu banyak dan besar. Tidak hairanlah pabila ibu dinobatkan sebagai insan kedua yang perlu ditaati dan dihormati selepas Allah & Rasul-Nya 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Ya, 3 kali melebihi ketaatan kepada seorang bapa. Biarlah aku seorang lelaki yang bakal bergelar bapa suatu hari nanti, tapi aku sokong dengan kenyataan ini. Jika aku mempunyai anak pun nanti, pasti aku akan ajarkan anak-anakku untuk lebih mentaati ibu mereka berbanding mentaati diriku sendiri sebagai bapa mereka. Kerana aku sedar, kepentingan dan keperluan untuk mereka mentaati ibu mereka lebih besar berbanding pada diriku.

Bunyinya macam aku lah bakal menjadi suami dan bapa yang paling mithali didunia ini, mungkin lebih perasan lagi jika dikatakan akulah lelaki melayu Islam terakhir yang akan buat benda ni..haha.. Tapi takpa, atas keperluan untuk berniat menjadi seorang yang aku harapkan seperti itu, jadi tidak mengapalah untuk aku berangan dan berperasan sendiri. Korang nak jeles dan meluat, lantak la. Itu bukan urusan aku..muahaha

Tinggalkan dulu kisah pasal ibu. Sekarang masuk pula bab guru. Apa yang aku nak repekkan pasal guru ni pun aku sendiri tak tahu lah. Yang penting, semua orang dah tahu siapa tu guru, siapa tu cikgu, siapa tu cikgu besar, cikgu PK HEM, cikgu disiplin dan juga cikgu cikgi. Kan..kan..kan?

Teringat masa sekolah rendah dulu. Pernah sekali masuk bilik guru disiplin, bukan atas sebab yang boleh dibanggakan, tapi atas kesalahan yang dibuat. Masa tu dah la aku ni seorang pengawas, the only pengawas yang kena denda pada hari tu. Sebabnya, kenakalan memanjat syiling bilik stor sukan. Dan oleh kerana aku seorang pengawas, aku telah dirotan sebanyak 2 kali, 1 kali lebih dari kawan-kawanku yang lain. Malu tu tak leh nak cakap, tapi nasib baik masa tu baru umur 12 tahun, malu ni bukanlah satu benda yang cukup diambil kira sangat. Orang nak kata apa pun, lantak pi la, yang penting aku hepi..haha

Sekarang, tiap kali tiba hari guru, sesekali kenangan kepada zaman sekolah dulu terimbau kembali dibenak kepala. Walaupun dah lebih 5 tahun meninggalkan zaman persekolahan, tapi kenangan dan gambaran pada suasana sekolah tu masih segar diingatan. Muka setiap seorang guru yang pernah mengajar ku dulu memang masih segar. Kawan-kawan lagi lah. Kerinduan yang memang dah teramat sangat pada mereka semua. Sekarang ni, masing-masing dah ada hidup sendiri. Yang dah kahwin, yang dah ada anak, yang baru habis belajar, yang dah kerja, yang dah selamat menjadi tetamu Allah pun ada. Terlalu cepat masa berlalu. Pantas, seperti baru semalam aku ditemani abangku mendaftar ditingakatan 1, terhegeh-hegeh menggalas beg berisi penuh buku. Kalau pada masa tu, abangku baru saja ditingkatan 5, tapi sekarang dah pun mempunyai seorang cahaya mata. Cepat sungguh tua menghinggap diri. Yang pasti, setiap detik yang berlalu, selangkah ia mendekatkan kita pada kematian. Muhasabah diri...huuu

Guru, selalu dianalogikan sebagai sebatang lilin yang membakar dirinya untuk memberi cahaya pada orang disekelilingnya. Berkorban apa saja, masa dan tenaga untuk memberi ilmu kepada anak bangsa. Kehadirannya juga cukup bermakna, kerana tanpanya makan mungkin seorang insan bergelar lisam ini mampu untuk menaip sepanjang ini. Berfikiran sebegini, berada ditempat sebegini, dan menjadi seperti dirinya sekarang ini. Ini tidak lain tidak bukan, hanyalah asalnya dari seorang guru yang biasa cuma. Kesabaran dan ketekunan mengajar tiap bait huruf dan nombor dengan harapan anak muridnya ini mampu untuk menjadi seorang insan yang berguna pada bangsa dan agama suatu hari nanti.

Semua orang juga sudah sedia maklum dengan pengorbanan dan keperluan seorang guru. Kehadirannya juga penting, sama seperti seorang ibu. Tapi sama sekali tidak boleh disamakan dengan seorang ibu. Seorang ibu boleh dianggap guru kepada anak-anaknya, tapi seorang guru tidak mungkin sama sekali boleh dianggap sebagai seorang ibu kepada anak muridnya. Bukan bias ataupun tidak menghargai pengorbanan seorang guru, cuma mengenangkan pengorbanan seorang ibu itu tidak mungkin boleh disamakan dengan pengorbanan seorang guru. Seorang guru mungkin boleh menjadi ibu ketika dikelas cuma, tapi selepas kelas, bukanlah mejadi tanggungjawabnya lagi untuk menjaga dan mengawal anak muridnya. Berbanding dengan seorang ibu, sehingga ke akhir hayat, pasti akan dijaga dan dikawal rapi keselamatan anak-anaknya.

Okeh, habis cerita berkenaan ibu dan guru. Harini pun dah masuk 17hb, sepatutnya ditulis entry ini 2 hari lepas lagi. Tapi atas sebab keengganan tuan punya blog dan juga takdir yang telah ditetapkan, maka tertulislah ia pada malam ini. 

Dikesempatan ni juga nak ambil kesempatan meraba dan mengucapkan selamat hari ibu kepada seluruh ibu, termasuk kakak ku yang bakal melahirkan anak pertamanya tidak lama lagi, insyaAllah bulan 8 nanti, dan yang paling teristimewa kepada ibuku di kampung yang terlalu disayangi dan dirindui. Dan tidak lupa, ucapan selamat hari guru kepada seluruh insan yang bergelar guru tidak kiralah pernah mengajar aku selama ini mahupun tidak pernah kenal pun korang tu adalah guru. Moga terus thabat dalam perjuangan mendidik anak bangsa menjadi seorang makhluk bergelar manusia kelak.

p/s: siapa yang masih single mingle, cantik molek, pinggang ramping pamping, pipi bak pauh dilayang, betis bak bunting padi, sila lah isi borang untuk menjadi calon zaujah pakcik. Jika diizinkan, selepas ditapis oleh lembaga disiplin masjid kg baru, anda akan dipanggil untuk sesi temuduga secara terbuka..ngehehehe~

*
I K A T J A N J I *
Read rest of entry

Friday, May 15, 2009

Sekitar Hari Presentation FYP

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana masih lagi diberi peluang untuk mengecap nikmat hidup didunia yang sementara ini dan masih lagi dapat merasa nikmat pemberian-Nya yang cukup besar dan bermakna, nikmat Iman dan juga Islam.

Semalam berakhirnya presentation Final Year Project untuk fakulti aku yang telah selamat berlangsung selama 3 hari melibatkan kesemua pelajar final semester. Setelah berhempas dan berpulas-pulas menyiapkan benda alah bernama fyp ni, akhirnya Allah permudahkan juga kami semua untuk mem'present'kan hasil kerja dan air tangan kami ini pada tarikh dan waktu yang telah ditetapkan. Secara keseluruhannya, aku rasakan semuanya berjaya mempersembahkan projek masing-masing dengan sempurna. Kecuali segelintir kes terpencil yang tidak sedap didengar. Harap-harap Allah permudahkan pengredan diorang tu, dan tak lupa juga proses pengredan untuk aku sendiri.

Malam ini baru berkesempatan untuk menulis disamping meng'update' blog yang dah agak berhari ditinggalkan ni. Semalam tak sempat nak buat apa-apa, sampai ke kat rumah hari dah hampir gelap. Malam selesaikan beberapa kerja yang terbengkalai sebelum mula membuka internet. Terfikir nak format laptop pula, sebab memang dah terniat nak format laptop ni lepas saja selesai presentation. Nak buang segala macam benda yang dah diinstall dan segala macam benda alah bernama patch dan crack yang kadang-kadang membawa masuk bersama worms, virus, trojan horse dan juga backdoor program yang memang akan memberi efek kepada sistem komputer. Antaranya lembab, liat, dungu dan juga bebal. Itu pun aku tertidur sambil format, sedar-sedar kawan aku kejutkan untuk solat subuh.

Eh, tertulis panjang dan merepek-repek kearah lain pula. Sebenanrnya nak kongsikan gambar je ni. Jadi, jom layan. Aku sertakan dialog sekali untuk tatapan rohani dan jasmani korang..muahaha.. Ops, kejap. Maaf la ya kawan-kawan coursemate ku, dengan sengajanya tidak meminta izin kalian dulu sebelum menempel gambar-gambar ini diblog ambo. Ambo bukan gapo, sajo nok kasik demo-demo sumo jadi tatapan dan kenangan dalam belog ambo nih. Lepah nih dok tahu dok bilo pulok buleh jupo key? Jadi ambo mitok maah dulu-dulu la deh..zaasss


acik
Examiner: Eh, silap report la..
Acik : Emm..
ainun
Ainun: Macam ni puan, mula-mula..
Examiner: Eh, boleh tahan budak ni

ara
Ara: Puan, sistem saya ni kan..
Examiner: Eh, betul ke? Tipu ea..
arif
Arif: Begini dr, tera-wurfl ni ada...
Examiner: Ala, aku dah tahu laaa..

ayen
Ayen: Ha, bila kita tekan sini..
Examiner: Apela budak ni buat..

boh
Examiner: Apa awak buat?
Boh: Saya buat tak tahu je dr..

ella
Ella: Haa, tengok tu puan..
Examiner: Ye, saya tengok la ni..

fairuz
Examiner: Awak jual laptop ke?
Fairuz: Tak puan, saya jual budu..

fatin
Examiner: Awak ni sengih je dari td
Fatin: Heee....excited

ida
Ida: Puan, tengok la sini..
Examiner: Kejap la..nak baca ni..

irda
Irda: Cepatla puan, tak tahan ni..
Examiner: Nanti la, nak tengok ni..

izah
Izah: Sistem saya tak jalan puan..
Examiner: Dah takda kaki..

man
Man: Ha, kita tekan sini, sini, sinung
Examiner: Ooo..ooo...ooo...

matju
Examiner: Apa ni?
Matju: Ni namanya skrin laptop..

min
Examiner: Terangkan sikit kat saya..
Min: Err..err..err..

nana
Nana: Puaan, macam ni puan..
Examiner: Iyee..saya dengar ni..

naza
Examiner: Salah ni, bukan camni..
Naza: Mana ada, dah betul tu dr..

nik
Nik: Ha dr, kan dah leh on..
Examiner: Saya pun boleh..

rizam
Examiner: Mana pergi page 45?
Rizam: Ha, ada kat sini la dr..

sue
Examiner: Baca doa makan sikit..
Sue: Allahumma baariklana...

tiey
Tiey: Cantik kan sisyem saya?
Examiner: Yelaa..cantik laaa

ummi
Ummi: Eh puan, silap tekan laa..
Examiner: Ye ke, patut kuar dinosor

ustak
Ustak: Ni friendster saya en..
Examiner: Add saya sekali tau..

za
Examiner: Berapa harga phone tu?
Za: Saya dapat free je puan..

Okeh, ni saja gambar-gambar yang sempat aku snap menggunakan kamera handphone aku je. Pada yang takda tu, mitak maaf banyak-banyak, samada tak sempat ataupun tak teringat nak snap gambar korang. Apa-apa pun, tahniah kepada yang telah berjaya menghabiskan projek kalian. Moga-moga Allah kurniakan kejayaan buat kita semua. Bagi yang baru nak ambil sem depan, moga kalian tabah dan bersabar dalam usaha menyiapkan projek ni. Penat, tak dapat nak mengulas lebih lanjut..

* J A N G A N L E P A S *
Read rest of entry

Saturday, May 9, 2009

Persinggahan Sementara

Sedang asyik menziarah blog kawan-kawan, satu sms tiba-tiba masuk. Tanggapanku mungkin mesej peringatan dari kawan-kawan, aku biarkan seketika dalam meneruskan bacaanku diblog kawan. Tidak lama selepas itu, aku capai telefon dan membuka mesej yang sampai.

"Kenal lagi tak kawan kita Naim?  Aku baru boleh berita Naim dah meninggal. Mari kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah. Moga roh dicucuri rahmat..amin."

Terkedu seketika. Ini dah berita ketiga yang aku terima berkaitan kematian kawan terdekat dan kawan yang pernah sama-sama belajar sekelas dahulu. Yang pertama, kawan perempuan masa sekolah rendah. Meninggal kalau tak silap, masa umur 14 tahun, tingkatan 2. Yang kedua, kawan satu dorm masa tinggal kat asrama sekolah dulu. Meninggal ketika dalam tingkatan 4. Sewaktu aku tanya ustaz merangkap warden asrama dulu, dia hanya cakap biasalah, orang baik ni Allah ambil nyawa dia awal, nanti tak banyak dosa yang dia buat. Ya, aku akui benda ni. Sebab arwah memang seorang yang baik dan cukup menjaga amal ibadatnya. Seringkali menjadi iman menggantikan diriku yang kadang-kadang suka mengelakkan diri.

Tapi yang ketiga ni, aku sedikit terkilan dengan cara kematiannya. SMS pertama yang aku terima, hanya memberitakan berkenaan kematiannya tanpa disertakan sebab dan musababnya. Aku hanya diamkan saja la, tak mahu pula aku sibuk-sibuk bertanya kawan aku tu. Kalau dah mati tu, mati la kan. Sebabnya tiada lain dah, kerana ajalnya dah sampai, Allah dah tetapkan hari ini beliau akan meninggal dunia, maka mati lah hamba Allah ini kan. Betul tak?

Selepas isya' tadi, mak pula telefon. Pertanyaan pertama biasalah, balik bila, balik ke tak malam ni, sebab kebetulan kakak aku balik Terengganu malam ni. Biasanya memang aku ikut sama, al-maklumlah free of charge, makan pun ditanggung, duit masuk tandas je kena bayar sendiri, itupun kalau ada tanda yang berbayar kerana R&R sepanjang LPT semuanya tandas free.

Mak kalau telefon je anaknya ni, mesti ada punya cerita yang nak dikongsi, hot story, cool story, sedan-sedan story, semua ada. Dan berita yang mak aku bawakan, memang pasal arwah tadi juga. Kata mak, mengikut sumber yang mak dapat, arwah meninggal kerana membunuh diri dengan menggantung diri didalam biliknya menggunakan kabel elektrik. Astaghfirullah, memang aku tak tahu nak cakap apa la masa tu.

Apa yang ada dalam kepala aku tadi hanyalah, balasan Allah pada orang-orang yang membunuh diri. Azab Allah seolah-olah bermain didepan mata ku. Sedih mengingatkan seorang sahabat, seorang muslim, mati dengan sia-sia. 23 tahun menetap dibumi Allah ini, tiada apa-apa erti baginya, malahan satu bekal pun tidak dapat dibawanya untuk berjumpa Allah kelak. Matinya mati katak, mati yang tiada nilai dan mati yang tiada erti bagi Allah swt.

Istighfar panjang aku mengenangkan kejadian ini. Jika diri dirundung masalah, tekanan hidup dan perasaan sekalipun, bunuh diri mungkin boleh dianggap satu jalan yang terbaik untuk menghilangkan tekanan tersebut. Tapi itu cuma jika dipandang pada sudut nafsu dan duniawi semata-mata tanpa memikirkan soal akhirat dan hari pembalasan kelak. Jadi, jika dikaji dan dilihat secara mendalam, bunuh diri bukanlah suatu jalan terbaik untuk mengelakkan diri dari tekanan hidup, malahan dengan bunuh dirilah merupakan titik permulaan kepada masalah hidup yang lebih besar tidak akan berkesudahan, sampai bila-bila. Matinya tidak ubah seperti matinya seorang kafir yang tidak pernah kenal apa itu Islam dan apa itu Allah. MasyaAllah..

Sesekali berita sebegini menjengah telinga, terasa insaf menyelubungi diri. Ternyatalah, hidup kita ini cumalah persinggahan sementara cuma. Tiada yang kekal dan tiada yang abadi didunia ini, semuanya pasti akan meneruskan perjalanan yang amat jauh menuju satu destinasi yang pasti antara dua. Samada syurga, mahupun neraka. Itulah destinasi terakhir kita. Dunia ini tidak ubah seperti sebuah persinggahan tempat melepas lelah, seketika cuma. Saat kita lahir, diazankan ketelinga, dan saat kita mati, mayat kita disolatkan. Singkat sungguh usia kehidupan kita ini. Cuma diantara waktu azan dan solat. Terlalu singkat. Amat singkat.

Ya Allah, mana mungkin waktu yang sesingkat ini boleh menjadi waktu untuk aku mengumpul bekalan menuju akhirat-Mu kelak ya Allah. Terlalu banyak masa yang kami bazirkan kearah jalan yang tidak Engkai redhai ya Allah. Ampunkan khilaf kami ya Allah, kami selalu lalai dan kami selalu saja melupakan-Mu ya Allah. Kuatkanlah iman dan pegangan kami kepada ajaran-Mu ya Allah, moga mati kami kelak, mati dalam keadaan yang Engkai redhai. Amin...

* P E R G I J U A *
Read rest of entry

Tuesday, May 5, 2009

Tamat Sudah

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan inayah-Nya dapat juga aku hadir ke majlis yang cukup indah, cukup ceria ini demi memenuhi undangan yang telah aku terima beberapa minit yang lepas, iaitu majlis membebel dan mengarut diblog yang kembali menghitamkan dirinya dengan bantuan dan paksaan tua punya blog..ngehehe

Intro yang tidak boleh belah..haha.. Bajet dapat undangan nak bagi ceramah ke? Tak layak. Diri sendiri pun tidak terceramah lagi, ada hati nak bagi ceramah kat orang lain. Anak kucing pun belum tentu lagi nak dengan cerah dan mas aku ni.

Sebenarnya, hari ni saja je nak menunjuk-nunjuk sikit. Al-maklumlah, dah habis final exam. Masa ni la rasa nak merilekkan diri sendiri disamping mengganggu dan menunjuk eksyen kepada kawan-kawan yang belum habis lagi..haha.. Padan muka korang. Aku dah merdeka, dah bebas dari belenggu buku, nota dan slide notes yang berjela-jela panjangnya. Menyakitkan mata dan menjadi ubat paling mujarab untuk cepat mengantuk. Paling seronok, hari ini merupakan kertas terakhir bagi ijazah yang aku ambil ni. Amacam, seronok bunyinya kan? Jangan jeles..kehkehkeh..

Amboi, gelak sakan nampak. Paper tadi boleh jawab ke tidak? Kompem lulus ke? Erk.. Tersentak kejap. Apa yang boleh aku katakan berkenaan paper petang tadi hanyalah, itu merupakan kertas peperiksaan yang paling teruk aku pernah jawab selama bergelar pelajar. Tidak termasuk masa sekolah rendah mahupun menengah kerana pada masa tu aku baru belajar apa itu A B C dan 1 2 3. Jadi, sekarang ni memang tak tahu la. Lulus ke tidak, tak pasti. Yang aku mampu lakukan hanyalah tawakal pada Allah. Mitak-mitak Allah lembutkan hati examiner bila menanda kertas jawapan aku. Soalan yang keluar memang tak pernah dijangka langsung. 30 bab menghafal, 70 bab mengira. Memang tak patut, sebab subjek tu core dia bukan mengira, tapi banyak menghafal. Entah, semua tak sangka, semua mengeluh.

Dah, malas nak cerita pasal paper tadi. Let it be what it wanna be..heh

Hari ni rupa bentuk belog ni bertukar lagi. Nampaknya kembali menjadi belog hicin (hitam+cinta)..hehe.. Mungkin aku dah dilahirkan untuk mempunyai belog yang berwarna hitam kot, bila tengok putih je, aku rasa tak berkenan, kurang menarik, kurang tertarik dan kurang sekurang-kurangnya, susah aku nak setting bagi ceria. Aku sendiri pun kalau vote pada poll yang lepas tu, memang aku akan vote tak cantik. Jadi, kepada yang vote tak cantik tu, terima kasih banyak-banyak kerana anda telah membuat pilihan dan nilaian yang baik..ekeke

Kat bawah ni keputusan untuk poll yang lepas. Walaupun sepatutnya poll tu tamat esok, tapi aku malas nak tunggu lama. Sakit mata tengok blog sendiri.

poll_1

Tak sangka, ramai la pula kata cantik. Ikhlas kata cantik ataupun saja-saja nak ambil hati aku kata cantik tu aku tak tahu la. Tapi apa-apa pun, aku hormati keputusan korang dan aku nak ucapkan berbanyak terima kasih bagi sesiapa yang sudi mengundi, bagi yang tak mengundi jangan kecewa jangan hantuk kepala, kerana yang pasti tiada hadiah yang aku nak bagi kepada sesiapa yang mengundi.

Untuk template ni, aku malas dah nak buat benda alah nama poll tu. Sebab aku yakin, pasti semuanya akan mengundi kata cantik..haha.. Kompiden pelik je. Tak kesah la, yang penting tuan punya blog dah puas hati. Puas hati lebih dari template hitam yang dulu. InsyaAllah, akan cuba menceriakan lagi suasana blog ni dengan bermacam-macam benda alah lain. Bak kata yuna, dia bagi cadangan mitak letak bunga biar bagi ceria lagi. Tapi cadangan terpaksa ditolak kerana tidak mahu disalah sangka sebagai perempuan lagi. Dah malas nak layan lelaki-lelaki yang cuba mengorat aku dulu. Kalau perempuan tu boleh kensider lagi..haha..

Dah, nak sambung mengorek idea nak buat poster untuk FYP presentation pula ni. Esok dah kena submit. Dari tadi, baru siap background dan tajuk je. Bosan-bosan dah takda idea, tu yang tetiba idea lain datang, lain yang diminta, lain yang dapat. Macam hidup kita ni la, kadang-kadang bukan semua benda yang kita nak kita akan dapat sebijik macam apa yang kita minta, kerana pada hakikatnya Allah lebih mengetahu apa yang tebaik untuk setiap hamba-hamba-Nya. Tapi mengarut di blog ni baik ke? Mungkin.. Ha, dah dapat idea untuk poster..ekeke.. Adios~

* I N G I N B E R S A M A *
Read rest of entry

Sunday, May 3, 2009

My Last Paper

Esok merupakan kertas terakhir untuk aku duduki selama mana zaman belajar yang aku telah lalui ini. Jika dihitung ditambah bahagi serta ditolak, tempoh belajar aku telah pun mencapai ke tahun yang ke 16. Tadika (3 hari je kot, lepas tu nangis-nangis tak nak pergi dah..haha), sekolah rendah (6 tahun.. nasib baik tak ada darjah tujuh kan.. bunyi pun dah pelik..ngeee), sekolah menengah (paling best, kenangan sampai bila-bila tak akan lupa punya), diploma (3 tahun.. zaman mengenal apa itu erti dunia) dan sekarang ijazah (place where I've found myself and why I've sent here by Allah to this world to be His khalifah). 

Ha, lebih separuh dari masa hidup didunia ini dihabiskan dengan belajar. Belajar ni bermaksud belajar di dalam kelas, bilik kuliah dan pengajaran secara formal, bukannya proses belajar yang tidak formal sehari-hari, belajar naik bas, belajar makan nasi ataupun belajar mengorat anak dara orang, sebab tuntutan belajar itu sendiri tidak akan habis selama mana roh bersama jasad. Sampai ke liang lahad pun nanti akan diajar juga ilmu untuk menjawab soalan-soalan yang bakal ditanya malaikat. Soalan bocor, tapi kita wallahua'lam belum tentu dapat jawab lagi.

Esok juga hari untuk menghantar tesis projek tahun akhir yang telah berjaya aku siapkan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa bersengkang mata selama beberapa hari sehingga ke subuh, pernah tidak tidur selama lebih 24 jam, makan pun boleh lupa, mujur ada insan yang kadang-kadang sudi ingatkan, tapi hasil yang dapat aku lihat sekarang cukup membanggakan. Tebal, padat dan telah banyak menghabiskan wang ringgit ku. Double A A4 paper dah berapa ring aku beli, toner printer pun dah habis, terpaksa beli lain. Refill sudah la kan, nak beli baru dewa punya mahal. Apa la diorang ni kan, punya la mahal jual benda ni. Kalau buat kebajikan sikit bagi free kat student macam aku ni kan bagus, boleh juga buat amal jariah, bekal kat dalam kubur nanti. Tapi masalahnya diorang tu kaaafir, macam mana nak dijadikan bekal. Eh, betul juga kan..hehe

Ha, benda alah bernama 'poll' tu masih berjalan. Tak sangka, ada juga makhluk yang kata template ni cantik ye. Aku bajet, semua akan kutuk je. Jadi, makin semangat la aku nak tukar lain nanti. Tapi takpa, persepsi & pandangan masing-masing pada kecantikan itu berbeza, sebab itulah ada juga yang mengeji kata tak cantik. Aku tak kesah, sebab selagi mana kita bernama manusia, kita tidak akan mampu memenuhi kehendak dan nafsu semua orang. Sedangkan kesempurnaan yang nabi saw bawa pun masih ada yang tidak boleh menerimanya, ini kan pula diri kita yang penuh dengan kedhaifan, dosa, noda dan nakhoda.

Terima kasih daun keladi pada yang mengundi, esok lusa jangan lupa datang lagi. Tapi peringatan sedikit buat pengunjung juga merangkap penceroboh, nilailah satu-satu perkara itu pada isi & manfaat yang dibawanya, bukan pada paras rupa dan kecantikan yang ditonjolkannya. Tapi tidak bermakna kecantikan boleh dikesampingkan, ini kerana nafsu manusia tidak dapat tidak, benda pertama sekali yang akan menarik mereka adalah kecantikan. Pelik kan manusia ini. Memang pelik..

* M O H O N A M P U N A N *
Read rest of entry

Wednesday, April 29, 2009

Blog Dalam Usaha Penambahbaikan!

Will be back as usual soon....


* Dalam usaha untuk mengubah template baru setelah lebih setahun bertahan dengan template hitam ni. Tapi mampu ke? haih, sayang la pulak....just wait n see jela..
Read rest of entry

Monday, April 27, 2009

Penat, Lelah, Keletihan

Seperti biasa, otak mula ligat berfikir bait-bait ayat pertama yang ingin aku sajikan dalam posting pada kali ini. InsyaAllah, posting ini tidak akan menjadi sesengal posting yang sebelum ini. Kali ini keseriusan telah melanda diriku..gagaga(erk, hape punye gelak nih??)

2 minggu yang baru sahaja dilalui, bagaikan satu situasi yang amat-amat genting dan mencabar. Minda, spiritual, fizikal, emosi, gusi, kerusi & Selat Sulawesi semuanya bagaikan dizalimi dengan sekejam-kejamnya, dipaksa bekerja dengan tanpa perikebinatangan dan tidak diberikan isteri-rehat yang sepatutnya dinikmati oleh buruh-buruh Bangla yang membina bangunan tinggi melangit ditengah panas terik sehinggakan menambahkan lagi ketidak-putihan pada muka dan tubuh badan mereka. Kesian..

Dan disebabkan itu jugalah segala macam jenis serangga dan kerabat lipan dibenarkan bersarang dan seterusnya membiak-bakakan spesis dan keturunan sebelah ibu mertua mereka dibelog ini, belog hicin (hitam+cinta). Justeru membawa kepada kepingitan dan kegersangan kepada penceroboh-penceroboh belog hicin ini, sehinggakan beberapa kali ditanya khabar bilakah agaknya tuan punya belog ingin membuang sawang dan telur-telur lipan didalam belog ini. Ini kerana telur-telur lipan tidak boleh sama sekali dijadikan bahan makanan mahupun bahan perhiasan diruang tamu rumah Pak Abu.

Memandangkan 2 minggu menyepi, terlalu banyak peristiwa yang berlaku samada yang melibatkan diri aku mahupun yang tiada kena mengena dengan diri ku. Cerita kucing beranak kembar la, anak pak bedah kena pulas telinga la, goreng pisang hangit la, pening aku dibuatnya. Cerita diorang, aku malas nak cerita, nak cerita aku punya cerita sajalah. Sebab aku sendiri pun tidaklah tahu menahu pun kisah mereka. Jika mereka ingin ceritakan pun aku tidak hingin mendengarnya, kecuali setelah dihadiahkan sebuah kapal terbang dan remote control car..kehkehkeh

Hari ini alhamdulillah, draft pertama report FYP telah pun berjaya dihantar. Walaupun aku rasakan masih banyak kekurangan yang perlu aku tambah, tapi sekurang-kurangnya draft yang hampir sempurna berjaya juga aku siapkan. Siapkan dalam tempoh tidak sampai 1 minggu. Diulang, tidak sampai 1 minggu. "Ala, apa la sangat tak sampai 1 minggu, saya buat semalaman saja". "Oooo, yeke. Saudara memang hebat". "Well...". "Err, report apa yang saudara buat tu?". "Laa, report lab assignment la". "Oooo.. Ni bukan report lab cik abang oi. Ni report projek final. Tak complete report ni, tak grade la aku. Bukannya 30-40 muka surat, tapi lebih kurang 100 muka surat tahu. Ha, ni aku rasa nak sekeh saja kepala orang ni". "Hehe, yeke bang. Sori-sori". "Naik lori laa...grrrr..geget kang".

Saat melihat report setebal hampir 100 muka surat itu siap diperin, siap dibinding, terasa teramatlah teruja. Syukur alhamdulillah, seperti tidak ku sangka dapat sampai ketahap sekarang. Kalau awal-awal dulu, bila sesekali membelek contoh-contoh report senior, terasa seperti tiada kemampuan saja untuk aku sama-sama membuat perkara sama bila tiba masanya. Ditambah pula dengan berkejar-kejar dengan kerja-kerja teknikal meyiapkan projek, dan ditambah pula dengan minggu exam yang kebetulan hari pertama paper final aku sama dengan hari untuk menghantar draft report. Jadi, soal studi untuk final ditolak ketepi dahulu. Yang penting, kena siapkan report ini sesempurna yang boleh mengikut due date tang telah ditetapkan.

3 malam berturut-turut berjaga sehingga ke subuh semata-mata ingin menyiapkan draft report terasa berbaloi bila saat melihat hasil kerja yang telah pun siap untuk dihantar. Lepas ni, bolehla tidur dengan selena dan semahu yang boleh, tanpa dibayangi mimpi ngeri kertas-kertas dan juga papan kekunci laptop berterbangan seolah-olah berkejar-kejaran didalam tidurku. Huh, memang mengganggu kesyokkan aku tidur saja.

Tapi dalam kesibukan menyiapkan report ini, walaupun tidak tidur semalaman, alhamdulillah diizinkan dan digagahkan juga aku untuk sama-sama menyertai Gathering Pertama Krew Iluvislam.com yang diadakan semperna Pesta Buku di PWTC baru-baru ini. Plan yang pada awalnya tidaklah bersungguh sangat ingin sama-sama ke gathering tersebut, memandangkan kesibukan dan kemengantukan yang melanda diri, tapi perancangan Allah siapa yang mampu mengelak kan? Akhirnya berjaya juga aku berjumpa dengan beberapa orang krew yang sama-sama bekerja di iluvislam.com.

Kalau selama ini hanya bertegur sapa dan bergurau usik mengusik di alam maya cuma, tapi hari ini bersua muka dialam nyata. Perkara pertama yang bemain dibenak fikiranku, ternyatalah kehipokritikan dialam maya itu memang benar-benar wujud. Kehipokritikan pada diri sendiri kerana lain yang dibayangkan, lain benar yang ditayangkan. Apa-apa pun, alhamdulillah ia merupakan satu pengalaman yang cukup indah yang pernah aku lalui. Aku malas dah nak ceritakan cerita basi dan ulangan ni, kalau nak baca selanjutnya bolehla cuba merajinkan diri membacanya di belog ini dan juga ini dan jangan lupa juga di sini , sini , sini dan last skali kat sini.

Okeh, tamat cerita dan ceriteri untuk kali ini. Misi seterusnya adalah nak konker dunia ni pula..haha.. Mengarut je. Malam ni adalah malam merehatkan diri dan juga malam untuk memanjakan diri sendiri setelah sekian lama mengerjakan dan menzalimi seluruh jasmani dan rohani ini. Next paper, lagi 2 hari. Nak setadi awal lagi, tunggu-tunggu la esok lusa, baru buka buku..lo

* T I A D A L A I N *

Read rest of entry
 

© 2010 Antara Cita dan Cinta Copyright © 2009 Black Nero is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal